Inilah NGO Melayu Yang Sungguh NGOK!!



Sebelum ini pun dah banyak kali orang sebut NGO Melayu yang kaki bodek tu bukan NGO tulen. Mereka tidak sesuai digelar NGO - pertubuhan bukan Kerajaan - malah disebut 'pertubuhan' pun tak layak, memalukan bangsa Melayu saja. Sebaliknya lebih sesuai NGO sebegini digelar 'NGOK' sebab kerap bertindak secara terlalu bongok dan bangang.


Terbaru NGO@NGOK yang menggelarkan dirinya sebagai Gagasan Melayu Perak (GMP) telah membuat laporan polis terhadap Malaysiakini kelmarin kerana kononnya telah menerbitkan artikel yang menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah. Artikel yang bertajuk "Raja Nazrin defends monarchy against ridicule" (Raja Nazrin Pertahan institusi Diraja daripada dipersenda) kononnya diterbitkan Malaysiakini pada hari Selasa (21 April) lalu.

Bagaimanapun pemeriksaan yang dilakukan oleh Malaysiakini mendapati tiada berita seumpama itu yang diterbitkan Malaysiakini pada tarikh berkenaan (21 April). Sebaliknya, seksyen Bahasa Malaysia Malaysiakini telah menyiarkan versi bahasa Melayu berita tersebut dengan memetik laporan Bernama - sebuah agensi berita Kerajaan - pada 19 April (hari Ahad). Yang menariknya Pengerusi Bernama yang melaporkan berita itu ialah Dato' Seri Anuar Zaini, seorang 'penasihat' istana Perak!

Dan pagi tadi boss GMP, Mohd Hilmi Ismail memberitahu Malaysiakini bahawa beliau tidak menyedari Malaysiakini tidak menyiarkan berita seumpama itu pada tarikh itu sebelum membuat laporan polis. Katanya dia tidak tahu menahu tentang artikel itu. "Saya diberitahu oleh kakitangan saya dan (terus) membuat laporan polis," ujarnya.

Ketika ditanya sama ada beliau menyedari bahawa laporan polis palsu itu boleh memburukkan reputasi Malaysiakini, Mohd Hilmi bertanya: "Bukankah Malaysiakini sama dengan Malaysian Today?"

Ngok betul boss GMP seorang ni. Teruja sangat nak buat laporan polis, tanpa usul periksa dahulu, kakitangan temberang pun terus percaya.Patutlah kajian menyatakan orang Malaysia terutama Melayu malas membaca, hari ini Mohd Hilmi telah membuktikan kajian itu memang tepat. Tanpa membaca apa yang ditulis dalam Malaysiakini, cukup dengan dengar hasutan kakitangan terus percaya dan ke balai polis buat laporan. Boss apa jenis macam ni?

Tapi jika Hilmi tahu berita itu bersumberkan Bernama - sebuah agensi berita Kerajaan - beranikah dia buat laporan polis?

Tambah terserlah ngok lagi NGO@NGOK ini ialah apabiila Hilmi tidak dapat membezakan antara Malaysiakini dan Malaysia Today sedangkan keduanya dua laman berbeza. Ngok, ngok, ngok sungguh!!

Bayangkan jika ada 1,000 Melayu yang malas membaca lagi ngok macam Hilmi dalam Malaysia, alamat hancurlah bangsa Melayu tak lama lagi! Bayangkan pula jika ada 10,000 Melayu macam Hilmi, alamat 'Tak akan Melayu hilang di dunia' boleh diganti dengan 'Tak lama lagi Melayu hilang di dunia'. Semuanya kerana gara-gara kerja tak usul periksa.

Oleh: pendikar gunung kriang

No comments

Powered by Blogger.