Mencari Menteri Sebersih Yusof
Yusof dipenjara selama tujuh tahun. Dia difitnah menggoda Zulaikha, isteri menteri Mesir. Di rumah menteri itulah dia dibesarkan dengan penuh kasih-sayang. Menteri itu membelinya daripada sekumpulan pedagang yang menemuinya di dalam telaga. Dia terselamat dengan bergayut di tali timba pencari air kumpulan pedagang itu.
Raja Mesir bermimpi tujuh ekor lembu kurus membaham tujuh ekor lembu gemok bersama tujuh tangkai subur dan kering. Yusof berjaya menakbirkan mimpi baginda.
Dengan kejayaan itu, raja memerintahkan Yusof dibebaskan dari penjara dan dibawa mengadapnya. Raja kagum dengan kebijaksanaannya. Baginda bersedia menawarkan kepada Yusof kedudukan yang sesuai di dalam kerajaannya.
Yusof menolak tawaran raja itu. Dengan tegas dia menyatakan, dia tidak akan keluar daripada penjara sehingga namanya terlebih dahulu dibersihkan. Dia dipenjara kerana dia difitnah menggoda isteri menteri, Zulaikha.
Dia tidak mahu keluar penjara dalam keadaan dirinya dipandang serong oleh orang ramai. Dia mahu berada di luar penjara sebagai manusia bersih.
Dia dipenjara kerana difitnah menggoda, hakikatnya dia yang digoda. Namun, dengan kuasa, pemfitnah bebas dan mangsa dihukum. Yusof lebih rela dipenjara daripada terus hidup dilingkari ancaman terhadap kemuliaan peribadinya.
Raja mengumpulkan para wanita Mesir termasuk kumpulan wanita yang terpotong jari ketika melihat ketampanannya. Baginda inginkan kepastian. Siapa menggoda siapa? Siapa yang tergila-gilakan siapa? Mengapa Yusof dipenjara?
Semua wanita itu mengakui mereka yang tergila-gilakan Yusof. Zulaikha juga mengakui dia yang menggoda Yusof, bukan Yusof yang menggodanya. Mereka semua mengakui Yusof adalah pemuda berperibadi mulia. Dia tidak terlibat sedikit pun dengan kerja-kerja rendah moral itu. Mereka mengakui kesilapan mereka.
Mereka sepakat, Yusof bersih. Dia dipenjara kerana tidak mahu terlibat dengan keburukan.
Sekarang, raja tahu bahawa Yusof teraniaya. Menteri juga tahu bahawa isterinya yang menggoda Yusof. Mereka tahu mereka bersalah memenjarakannya. Masyarakat di luar penjara juga tahu bahawa Yusof teraniaya. Mereka mengakui kebersihan peribadinya.
Berita itu disampaikan kepada Yusof. Dia pun bersedia untuk keluar penjara. Dia juga bersedia untuk menerima jawatan sesuai yang bakal ditawarkan oleh raja. Akhirnya, dia dilantik menjadi menteri kewangan Mesir.
Yusof memegang jawatan menteri dalam keadaan dia bukan sekadar dilihat bersih tetapi dia memang sebenarnya bersih. Dia diakui semua sebagai seorang yang bersih.
* * * * * * * * * *
Adakah menteri-menteri kita yang ada, juga bakal menteri kabinet baru yang bakal dibentuk bersih sebersih Yusof?
Kalau mereka tidak bersih, mengapa mereka tidak sanggup dibersihkan?
Mengapa mereka tidak bersedia dibersihkan?
Atau, memang mereka tidak dapat dibersihkan lagi?
* * * * * * * * * *
(Cerita di atas disesuaikan daripada petikan Surah Yusof. Sila rujuk di sana untuk versi sebenar dan lengkap)
http://bongkarsauh.blogspot.com/

No comments
Post a Comment