Minum pelarut dalam tahanan polis
Angkatan Muda PKR akan membuat aduan polis berhubung seorang pemuda yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) setelah didakwa meminum racun di bilik siasatan polis.
Naib ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata anggota keluarga pemuda itu Adi Anwar Mansor, peguamnya dan beberapa lagi pemimpin parti akan turut serta.
Laporan polis dijadual dibuat di ibu pejabat polis Kelang jam 10.30 pagi esok.
Mereka tidak berpuas hati dengan insiden tersebut dan mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku terhadap Adi Anwar, yang ditahan jam 11.30 malam Selasa lalu bagi kes dadah.
Ibu mangsa Jiknah Harun hari ini dilaporkan berkata "tiada sebab" anaknya berbuat demikian kerana "mempunyai bayi tiga bulan dan hidupnya sekeluarga gembira."
Wanita itu juga mendakwa terdapat kesan lebam seperti kesan dipukul pada badan anaknya.
Adi Anwar, kata Jiknah, juga mendakwa lima anggota polis membelasahnya sewaktu dalam tahanan polis.
Pemuda itu dilaporkan dalam keadaan stabil di ICU Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang selepas dihantar polis untuk rawatan.
Menurut polis, Adi Anwar dalam keadaan tangannya bergari mengambil sebotol cecair pelarut di atas meja bilik siasatan dan dalam masa tidak sampai 10 saat meminumnya.
Ketua polis daerah ACP Mohamad Mat Yusop dilaporkan berkata empat anggota polis yang berada membelakangkan pemuda itu - waktu itu sedang duduk dan kelihatan tertekan - tidak perasan kejadian itu.
"Apabila anggota-anggota polis itu menyedarinya, ia sudah terlambat kerana kejadian tersebut berlaku dalam masa kurang 10 saat," New Straits Times memetik Mohamad berkata.

No comments
Post a Comment