Peguam Hindraf dibebaskan

TAIPING: Dua peguam pertubuhan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf), R Kenghadharan dan V Ganabatirau, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak 13 Disember 2007, dibebaskan sebentar tadi.

Mereka dibawa keluar dari pusat tahanan Kamunting dengan menaiki kereta polis pada kira-kira jam 1.20 tengahari tadi.

Beberapa kereta anggota keluarga mereka juga dilihat mengikuti kereta polis berkenaan.

Pagi tadi, tiga warga asing tahanan ISA yang dibebaskan, dibawa menaiki kenderaan Jabatan Imigresen.

Mereka ialah warga India, Sundaraj Vijay, dan dua warga Myanmar iaitu San Khaing dan Amir Hussain yang ditahan sejak 2007.

Lapan lagi tahanan rakyat tempatan belum dilihat keluar dari pusat kem berkenaan.

No comments

Powered by Blogger.