Putar-belit media UMNO rakyat dalam pemansuhan kuota Bumiputera - satu lagi projek Satu Malaysia?

Utusan MalaysiaSemalam Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa sektor-sektor perkhidmatan tertentu diliberalisasikan sebagai usaha menjana ekonomi.

Dengan ini, keperluan 30 peratus ekuiti bumiputera untuk 27 sektor kecil perkhidmatan tersebut dimansuhkan.

Saya sedikit tertarik, bagaimana di dalam laporan Utusan Malaysia berkaitan perkembangan tersebut, mereka menyebutkan keperluan 30 peratus ekuiti tempatan, bukannya bumiputera.

BeritaBegitu juga laporan Berita Harian.

Walaubagaimanapun, akhbar New Straits Times melaporkan di muka depan bahawa kuota ekuiti Bumiputera yang dimansuhkan. Akhbar tersebut, seperti Berita Harian adalah sebahagian daripada kumpulan Media Prima yang dikuasai UMNO. Begitu juga akhbar the Star yang dikawal MCA dan the Sun. Semuanya menyebut ekuiti bumiputera.

Saya meletakkan imej berita di laman web Utusan dan Berita Harian sebagai bukti sekiranya mereka mengubahnya kemudian.

Adakah putar-belit ini ini sebahagian dari agenda Satu Malaysia?

Najib sepatutnya sedar, taktik pecah dan perintah inilah yang memakan diri BN. Memang benar taktik ini berjaya selama 50 tahun, tetapi apabila menjadi semakin serius dan rakyat pula semakin matang dan mendapat sumber maklumat yang pelbagai, taktik begini tidak lagi berkesan.

Jelas, tindakan Najib ini mengakui saranan Keadilan selama ini bahawa model DEB perlu diubah dengan dasar yang menggandingkan merit dan tindakan afirmatif berasaskan keperluan, bukan kaum - inilah Agenda Ekonomi Malaysia. Malah, bagi memastikan negara kompetitif, AEM harus diperluaskan.

Jika dibuat secara berperingkat-peringkat dan digandingkan aspek tindakan afirmatif berasaskan keperluan bagi membantuk industri kecil dan sederhana, pastinya ekonomi kita akan lebih berdaya saing.


1MALAYSIA!

No comments

Powered by Blogger.