Rakyat Kelantan berfikir matang - Sultan
Rakyat Kelantan sejak zaman berzaman terkenal dengan kuat berpegang kepada ajaran Islam, di samping mempunyai budaya keilmuan yang tinggi.
Iklan
Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra bertitah rakyat negeri ini mempunyai cara berfikir matang dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar yang ekstrem.
"Beta menaruh keyakinan rakyat di negeri ini terus menghormati perlembagaan negara di samping memahami dan menghayati prinsip Rukun Negara, mempelajari, memahami dan menghargai kontrak sosial.
"Kontrak sosial membabitkan hak dan tanggungjawab rakyat dalam sesebuah negara yang mana ia telah dipersetujui bersama," titahnya di majlis Penganugerahan Pingat dan Darjah Kebesaran Negeri sempena sambutan hari ulangtahun keputeraan baginda yang ke-59 baru-baru ini.
Menurut baginda perkembangan Islam di negeri ini terbukti mampu dapat mewujudkan kekuatan, keharmonian dan kedamaian untuk kepentingan bersama.
Sultan Kelantan juga bertitah kemelesetan dan kelembapan ekonomi global turut memberi implikasi besar kepada perkembangan ekonomi Malaysia.
Menurut baginda, kelembapan ekonomi global berdasarkan ramalan penganalisis akan mengambil masa panjang untuk dipulihkan.
Sehubungan itu baginda berharap kerajaan negeri mengambil langkah proaktif dalam usaha mengurangkan perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

No comments
Post a Comment