tok guru nik aziz seorang yang cerdik!
Nama Mohd Amar Tiba-Tiba Disebut Ganti Tok Guru
SAYA tidak dengar tetapi orang lain yang dengar; kononnya Mohd Amar Nik Abdullah yang baru semalam menerima darjah kebesaran membawa gelaran Dato' sudah mula disebut-sebut bakal mengambil alih kerajaan Kelantan. Mohd Amar akan dilantik menjadi MB menggantikan Tok Guru Nik Abdul Aziz. Betulkah dan bila?
Saya ke belakangan ini jarang balik Kelantan. Entahlah, semangat jadi hilang dan Kelantan semacam kosong saja. Tidak tahu kenapa. Mungkin musim berubah mengikut putaran cekrawala alam maka jiwa manusia juga turut berubah dan beralih rasa. Jadi tidak banyaklah maklumat semasa di Kelantan sampai ke pengetahuan saya.
Mohd Amar Nik Abdullah ganti Tok Guru, menarik juga? Ada logik dan munasabahnya kalau khabar ini menjadi kenyataan. Saya tidak mahu berspekulasi banyak dan membawa cerita tambahan di sini nanti ada orang yang tiba-tiba jadi senak perut. Cuma saya nak persoalkan kenapa Tok Guru Nik Aziz tidak turun-turun lagi dari kerusi MB. Apakah dia nak cukupkan sampai 20 tahun memerintah?
Cerita Tok Guru Nik Aziz nak turun dan tempatnya akan diganti sudah lama kedengaran. Sejak lima tahun lepas lagi. Yang nyatanya Nik Aziz masih juga berada di kerusi dan menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai MB dengan baik.
Walaupun sudah keuzuran, jalan terpaksa pakai tongkat dan tidak menghadiri majlis-majlis parti yang dering, namun semangat MBnya masih kuat membara. Sebut tongkat saya teringat kepada kisah Nabi Sulaiman dengan tongkatnya.
Orang bawa juga tidak habis-habis memberi sokongan dan dokongan kepadanya. Berdoa agar beliau sihat dan senantiasa dipelihara Allah. Bekas seorang Exco mengharapkan Tok Guru jadi MB sampai ke akhir hayat.
Bercakap fasal ini timbul persoalan, kalaulah sudah lama nak berundur kenapa Tok Guru tidak berundur? Apakah Pas masih dalam keadaan tidak stabil seperti tahun 2004? Rasanya ilusi takut itu sudah berlalu. Jadi kenapa? Dulu saya sendiri juga ada bisikan kepada Tok Guru agar jangan berundur dulu kerana kalangan pemimpin tidak berlaga daut waktu itu.
Mungkin orang mengira Tok Guru tak lepas jawatan itu kerana dia sayangkan kedudukan itu. Anggapan itu tidak masuk akal. Ulama mana ada sayang kepada kedudukan dan kuasa. Setengah ulama takut kepada kuasa. Adapun kenapa Tok Guru masih pegang kerusi itu ialah kerana beliau lihat belum ada pengantinya yang mampu. Adalah bijak kalau Tok Guru bersikap begitu.
Ertinya orang yang disebut-sebut macam nak rak dan berusaha nakkan kerusi itu tidak mendapat kepercayaan Tok Gurulah jawabnya. Kerana kalau sudah mendapat kepercayaan untuk apa lagi Tok Guru bersusah payah dia boleh tumpukan ke madrasah dan surau saja untuk bersyarat dan mengajar agama.
Kesian juga kepada orang yang mengimpikan jawatan itu. Kalau dia ibarat anak dara kini dia sudah jadi anak darah tua. Kalau berkahwin pun payah nak dapat anak kerana peranakannya sudah disaluti lemah. Kenapalah tok Guru biarkan begitu lama sekali!
Tok Guru ni orang cerdik, sebelum dia lepas dia kaji selidik, belek situ belek sini dan tenguk dulu latar belakang orang yang disebut-sebut menggantinya itu. Guru buat bodoh saja, tetapi dia mempunyai pemerhati dan mata-mata gelap yang ramai yang memberi laporan kepadanya.
Dia bukan mendengar pendapat seorang dua saja, tetapi pendapat orang luar juga didengarnya. Tidak bermakna kalau rajin membawanya buah tamar, beri kambing atau kain pelaikat dia akan jatuh hati kepada orang itu. Tok Guru tidak berapa makan pong sangat. Berambung
mso!

No comments
Post a Comment