PNSB Perlu Berbincang Terlebih Dahulu Dengan Kerajaan Negeri Selangor Berhubung Isu Empangan Baharu Ampang
SHAH ALAM, 30 Sept - Kerajaan Negeri meminta Puncak Niaga Holding Berhad agar berbincang terlebih dahulu dengan pihak kerajaan negeri berhubung isu permohonan pembinaan empangan baru di Ampang.
Ia berikutan tindakan Syabas menghantar kertas cadangan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berhubung langkah bagi mengatasi masalah berkenaan.
Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth Wong berkata ini berikutan operasi Loji Rawatan Air Salak Tinggi terpaksa dihentikan sejak Ahad lalu, selepas Syabas mengesan kandungan amonia yang tinggi dan air mentah yang berbuih serta berbau kuat dalam sumber air mentah dari Sungai Labu ketika membuat pemeriksaan harian.
“Pertamanya pihak syabas tidak pernah membangkitkan isu ini tentang pembinaan satu empangan air yang baharu di Ampang.Jadi kita pihak kerajaan negeri rasa kalau ada apa-apa permohonan yang berlaku di negeri Selangor sepatutnya kalau kita guna jalan yang betul untuk membuat permohonan akan dibincangkan antara pihak Syabas dengan kerajaan negeri Selangor sebelum dihantar terus kepada Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air,”jelasnya.
Elizabeth berkata ini adalah muslihat PNSB semata-mata dan seharusnya PNSB menambahbaikan sistem rawatan mereka selaras dengan perkembangan teknologi terkini.
“Isu ini telah dibangkitkan sejak beberapa tahun lalu kerana loji rawatan ini telah ditutup beberapa kali pihak Puncak Niaga yang mengendalikan loji itu mesti mempertingkatkan keupayaan loji tersebut supaya dapat mencapai matlamat dalam memproses air mentah ini selaras perkembangan teknologi semasa,”katanya.
Loji rawatan yang berkapasiti pengeluaran 10.8 juta liter sehari itu membekalkan air bersih kepada 19 kampung di sekitar Sepang.
Apa yang diharapkan agar semua pihak yang beroperasi di sepanjang Sungai Labu supaya lebih bertanggungjawab dan tidak menjadikan sungai itu sebagai ‘tong sampah’ untuk sisa kumbahan, pepejal dan industri.

No comments
Post a Comment