Kata Nizar...

Didalam ceramah dikawasan Parlimen Bukit Gantang malam tadi, YB Datuk Sri Nizar b. Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen disitu telah mendedahkan bagaimana Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang diketuai oleh beliau sepanjang 10 bulan lebih memerintah Negeri telah berjaya memungut hasil untuk Negeri Perak sebanyak lebih RM700 juta. Kejayaan ini berikutan tiada berlakunya amalan rasuah didalam pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat ketika itu.

Menurut beliau lagi, BN yang memerintah sebelum ini pun paling tinggi hanya berjaya memungut RM632 juta setahun.

Bagi kutipan zakat di Negeri Perak pula sepanjang 10 bulan lebih Pakatan Rakyat memerintah, sebanyak lebih kurang RM58 juta pula berjaya dipungut manakala sepanjang BN memerintah sebelum ini pula kutipan paling tinggi hanyalah RM43 juta setahun.

RM58 juta wang zakat yang berjaya dipungut oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak didapati hasil daripada arahan beliau sebagai Menteri Besar ketika itu yang mengarahkan agar anak-anak syarikat Kerajaan Negeri mengeluarkan zakat. Beliau kemudiannya menceritakan bagaimana arahannya kepada Lembaga Air Perak agar mengeluarkan zakat kerana sebelum ini pihak mereka tidak pernah berbuat demikian diatas alasan tidak pernah mendapat arahan.

Yang paling menarik menurut beliau lagi, pihak DAP mahu pun anggota PKR yang tidak berugama Islam tidak pernah membantah dengan tindakan beliau yang mengeluarkan arahan-arahan tersebut.

http://penjualubat.wordpress.com/2009/09/30/pendedahan-nizar/

No comments

Powered by Blogger.