Beraya di Besut - Iskandar Abd Samad

Beraya di Terengganu Pt. 3

Pagi tadi dapat call, katanya dari Ketua Penerangan PAS Kawasan Besut. Dia membaca blog ini dan mendapati saya berada di Besut. Tidak disangka ada orang sejauh Terengganu yang membaca blog saya. Beliau menjemput saya ke majlis Hari Raya PAS Kawasan Besut pagi tadi. Yang Dipertuanya turut menghantar SMS menjemput saya.

Di sana berjumpa dengan Dr Mujahid Yusuf Rawa yang isterinya juga orang Besut. Beliau juga bertanya tentang isu Selcat dan berharap dapat diselesaikan segera.

Saya menyatakan pendirian saya bahawa ianya non-issue. Tetapi teori lebih senang dari praktikal.

Selepas majlis terus ke bandar Jerteh dan singgah di kedai nasi kandar. Mula-mula hendak makan roti canai tetapi anak saya yang Tahun 1 berkata, 'Telur dia tak basuh'. Memang benar, telur-telurnya bersalut tahi ayam. Menjijikkan, tangan yang memegang tahi akan menguli tepung. Jadi kami makan nasi. Walau bagaimanapun ketika kami hendak balik, sebakul telur-telur yang telah dibasuh bersih dibawa dari dapur.

Nasi kandarnya boleh tahan. Setanding nasi kandar Tanjung. Tetapi sayang, nasi yang di'tapau' dibungkus dengan surat khabar Cina. Tidak kira Cina, Melayu, India atau Inggeris, kadang-kadang ada yang suka membaca surat khabar di dalam tandas. Bayangkan surat khabar itu akan digunakan untuk membalut nasi kandar atau nasi lemak. Sanggupkah anda makan?

Jerteh sibuk hari ini. Tetapi mungkin tidak sesibuk wartawan politik ketika isu Selcat masih panas.

Ada akhbar melapurkan Dato' Hasan Ali cuba menjadi juara. Kalau Dato' Hasan dan PAS tidak memperjuangkan nasib orang Islam, siapa lagi? Kenapa membiarkan UMNO mengambil kesempatan?

Malang sekali kita berada di dalam zaman di mana tidak lagi 'fashionable' memperjuangkan isu-isu Melayu-Islam. Sesiapa yang bercakap tentang isu Melayu-Islam dicap sebagai UMNO atau mahu menubuhkan kerajaan perpaduan. Walhal DAP juga bercakap tentang isu orang Cina dengan bebas. PKR juga bercakap tentang isu orang India.
Tetapi kita hendak menyekat diri kita sendiri. Pelik. iskandar56100.blogspot.com

No comments

Powered by Blogger.