Perkasa Memaksa UMNO Mengambil Ubat Yang Dah Tamat Tarikh Luput!

Cadangan Jadikan Mahathir penasihat kerajaan umpama nak bagi orang sakit tenat makan ubat yg dah Expired…

Utusan Malaysia :Jadikan Mahathir penasihat kerajaan

KOTA BHARU 26 Sept. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan supaya Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai penasihat kerajaan dan UMNO.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu menyampaikan pandangan secara tertutup agar tidak dieksploitasi oleh pihak ketiga.

Beliau juga berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menimbangkan perkara ini secara serius bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan dan dijadikan modal politik untuk mengelirukan rakyat.

“Selama 21 tahun Dr. Mahathir berjuang dan memberikan khidmat yang luar biasa serta banyak berjasa, sudah tentu beliau mahu melihat dasarnya sebelum ini diteruskan sehingga Wawasan 2020 tercapai.

“Sebab itu bila ada sesuatu yang tidak betul akan ditegurnya disebabkan tidak ada saluran untuk beliau menyampaikannya secara tertutup tetapi lazimnya pandangan beliau diambil kesempatan oleh pihak tertentu,” katanya.

Beliau berucap pada Malam Pimpinan Aidilfitri Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Pusat Khidmat Membela Rakyat (PKMR) dan Kelab Wartawan Kelantan (Kawan) di sini malam tadi.

Menurut beliau, semua pihak juga tidak perlu memandang serong terhadap pelantikan ini kerana hubungan antara kedua-duanya lebih kepada seorang Perdana Menteri dengan negarawan ulung.

Ibrahim berkata, dengan pelantikan tersebut, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan lebih kerap dengan Dr. Mahathir bagi mendapatkan pandangannya mengenai keadaan semasa negara.

Bagaimanapun kata beliau, Najib tidak perlu mengikut kesemua pandangan dan nasihat Dr. Mahathir kerana setiap Perdana Menteri mempunyai gaya pemerintahan dan wawasan tersendiri untuk dicapai.

“Saya percaya Dr. Mahathir akan menerima pelantikan tersebut, malah bekas Perdana Menteri itu juga tidak memerlukan gaji. Saya akan bawa cadangan ini ke Parlimen bulan depan,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.