Tok Guru Tahu Ibrahim Ali Penakut "hapah"

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendirian Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini bahawa Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali perlu meletakkan jawatannya susulan dengan tindakan yang dilihat tidak sehaluan dengan parti tersebut.

“Saya minta dia keluar... yang melantik dia (bertanding di Pasir Mas) saya dengan bendera Pas. Bila (Pas) kawasan Pasir Mas minta dia undur, dia kena berundur. Duit yang dia makan tu tidak betul, sembahyang Tuhan tak terima,” katanya.

Sebelum ini, menjawab cabaran Nik Aziz, Ibrahim yang juga bekas Ketua UMNO Pasir Mas menyatakan beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Mas kecuali jika diminta berbuat demikian oleh pengundi di kawasannya.

Ibrahim, 57, digugurkan dari jawatan Ketua UMNO Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya dalam UMNO seumur hidup kerana bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004.

Ibrahim turut hilang wang pertaruhan selepas mendapat 415 undi semasa pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkalan Pasir pada 2005 yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional, Hanafi Mamat

Ketika ditemui di kediamannya semalam, Menteri Besar Kelantan itu berkata, dalam keadaan kini, tiada guna Ibrahim mengekalkan jawatan itu jika masyarakat memandang lekeh kepada beliau.

“Lebih baik dia letak jawatan... perut kenyang tapi masyarakat pandang lekeh. Orang Pas yang undi dia dan memenangkan dia, hanya sedikit orang UMNO mengundi dia,” katanya.

Selain itu katanya, beliau tidak peduli sekiranya Ibrahim kembali bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai calon bebas dan Pas akan tetap meletakkan calon dalam pilihan raya tersebut.

Terdahulu, Nik Aziz berkata, beliau tidak bimbang jika Ibrahim meletakkan jawatan, malah mencabarnya menguji kekuatan pengaruh politik dengan bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya kecil.

1 comment

Arif Omar said...

Pada PG hukum TGNA tu tak betul. Gaji yang YB Ibrahim terima sebagai MP tu halal dan boleh di makan oleh anak isteri. Tak ada salahnya. Beliau menjalankan tugas tanpa mencuri tulang sebagai MP Pasir Mas. Tak pernah pun b dan mencuri beliau memonteng atau mencuri tulang dalam tugasnya sebagai MP.
2. Kalau di kata gajinya haram hanya kerana Ibrahim Ali bertanding dengan menggunakan bendera PAS itu adalah strategi dan kepandaian Ibrahim dan juga kerana kebodohan PAS dan diperbodohkan oleh YB Ibrahim. Senangnya PAS dan pemimpinnyadiperbodohkan oleh Ibrahim adalah kerana PAS dan pemimpinnya angkuh dan tidak ikhlas dalam perjuangan. Asalkan PAS dapat perintah Kelantan dan menang pilihanraya maka PAS akan beri apa sahaja kepada Ibrahim atau sesiapa sahaja untuk bertanding dalam berbagai cara dan bentuk. Pada PAS , asal menang dan mengalahkan UMNO BN sudah begitu baik. Bukan islam keutamaannya. Tetapi politik.
3. Jadi kerana niat PAS yang tidak baik yang hanya hendak mempergunakan Ibrahim maka bala akhirnya menimpa PAS dan pemimpinnya. Inilah kebesaran Allah. Niat yang bermula tidak baik maka Allah akan balas dengan perkara yang sama. Ibrahim akhirnya mempergunakan PAS dan pemimpinnya
4. Berbalik tentang gaji dan elaun MP, kepada PG ia halal. Ibrahim bukan bertanding atas tiket PAS tetapi hanya guna bendera PAS. Jauh bezanya. Beliau menjalankan tugas serta tanggungjawabnya sebagai MP. Kita semua rasakan kehadirannya di persada politik tanahair dan apa pun gajinya halal atas kerja yang dijalankannya.
5. Kepada TGNA dan PAS serta pemimpinnya : lihatlah! Allah akhirnya menunjukkankekuasaannya . Niat anda yang tidak ikhlas dalam membenarkan YB Ibrahim menggunakan bendera PAS semasa PRU 12 akhirnya memakan diri. Akhirnya Ibrahim memperbodohkan anda dengan strateginya yang lebih cemerlang.
6. Kepada PG, TGNA sebenarnya marahkan diri sendiri dan diri pemimpin PAS yang telah membodohkan diri mereka semua dengan mendesak TGNA membenarkan Ibrahim bertanding dalam PRU12 dengan guna bendera PAS. Jadi marahlah diri anda sendiri Tuan Guru. Dan jangan lupa marahkan juga pemimpin PAS lain yang dungu dan terus dungu kerana atas sebab sukar diajar dan dipimpin. Yang mereka tahu hanya mengkafirkan orang dan merasakan mereka lebih islam dari orang islam lain.
7. inilah puncanya. Kepada Ibrahim. Makan dan gunakanlah gaji dan elaun anda sebagai MP. Tak ada masalah halal haramnya. Yang haramnya bila buat tuntutan bil hotel yang tidak pernah diduduki. Sehingga mencecah beribu ringgit tiap bulan. Lihat sahaja ke bekas ADUN Jeli YB Apandi Ali dan seorang lagi ADUN PAS yang membuat tuntutan palsu menginap di hotel Perdana beberapa tahun dulu, dan telah dituduh di mahkamah .
8. Jadi bab halal haram ini, ada baiknya TGNA bercakap kepada MP dan ADUNnya cukuplah. Macam yang pernah PG hadir sidang DUN Kelantan pada 1989 dahulu : di mana di dalam satu sesi soal jawab seorang ADUN PAS menuduh ADUN UMNO rasuah dan makan duit haram.
9. Senang sahaja Tan Sri Mohamed Yaakob ( Allahyarham ) MB Kelantan pada masa itu menjawabnya. jawab Tan Sri Mohamed ialah PAS perlu lihat diri sendiri. PAS pun rasuah terutama ADUN-ADUNnya semasa tiap-tiap kali datang sidang DUN Kelantan. Datangnya sebuah kereta 4 orang tetapi bila menuntut , tuntut elaun kenderaan seorang-seorang. Seolah datang dengan kereta sendiri.
10. Satu dewan bergegar mendengar jawapan MB Kelantan itu. Semua ADUN PAS terkebil-kebil tak boleh menjawab termasuk TGNA.
11. Itulah kisahnya. Kata dulang , paku serpih. Kata orang diri sendiri yang terlebih.

Powered by Blogger.