Hati2..Lembu Tangah Menggila Di Shah Alam!
SHAH ALAM 28 Sept. – Kira-kira 100 penternak lembu Selangor berhimpun di pintu masuk pejabat Kerajaan Negeri (SUK) Selangor hari ini menuntut bantuan segera kepada penternak yang mengalami kerugian ekoran dua ladang terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Selayang baru-baru ini.
Para penternak tersebut telah membawa lebih 20 ekor lembu ke pejabat SUK sebagai tanda gesaan dan berkeras agar tuntutan mereka diambil tindakan segera.
Mereka turut menggesa kerajaan negeri berhenti mempertikaikan status dua ladang terbabit.
Pengerusi Persatuan Penternak Ruminan Selangor, Samad Kassim berkata, tindakan itu diambil bagi mengelakkan penternak mengalami kerugian yang lebih besar.
``Jika boleh kerajaan negeri dapat sediakan tapak ladang yang baru bagi mengatasi masalah ini seperti yang telah dibincangkan pada tahun lalu,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- Utusan

No comments
Post a Comment