INKUES: Prosiding Inkues Di Tangguh Khamis
SHAH ALAM, 29September-Prosiding inkues Teoh Beng Hock akan ditangguhkan pada hari Khamis ini berikutan pegawai penyiasat bagi membantu prosiding ini cuti kecemasan.
Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Nazri, terbabit dalam satu kemalangan baru-baru ini dan sedang cuti sakit hingga 30 September.
Koroner Azmil Muntapha Abas dijangka akan mendengar keterangan daripada abang Teoh, Meng Kee dan rakan, Woo Chuan Sing apabila perbincangan itu diteruskan pada 1 Oktober.
Terdahulu, peguam pewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, mempersoalkan keperluan keluarga Teoh dan rakan-rakan dipanggil untuk di temuduga oleh ahli psikiatri forensik di Hospital Selayang hari ini.
Gobind turut meminta senarai soalan-soalan yang akan diajukan bagi menentukan sama ada ia relevan atau tidak.
Beliau turut menyatakan kekecewaannya kerana mereka diminta hadir untuk temuduga oleh pakar psikiatri hanya melalui mesej pesanan ringkas (SMS).
Peguam Tan Hock Chuan, mewakili Peguam Negara, berkata temuduga psikiatri itu adalah bertujuan untuk mengukur latar belakang si mati dan Tan bersetuju untuk menyerahkan skop soalan-soalan pada hari Jumaat.
Koroner Azmil dijangka akan membuat satu arahan berhubung keperluan untuk ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan Teoh untuk menghadiri sesi-sesi temuduga pada hari Jumaat ini.
Dalam pada itu, di luar mahkamah, Gobind memberitahu bahawa sebagai penggunaan khidmat pesanan ringkas (SMS) adalah cara yang tidak professional, beliau turut meminta pakar psikiatri menyenaraikan soalan secara terperinci untuk diajukan nanti.
“Saya sebagai seorang peguam saya rasa, tidak elok kalau seseorang diminta hadir ke balai polis atau hospital melalui sms, ini bukan satu amalan yang baik, kita professional kita nak meminta mereka hadir, tiada masalah, tapi permohonan perlu dibuat mengikut undang-undang secara baik kita tak tahu sms ini daripada siapa, benar atau tidak benar.
“Tapi apa yang penting adalah untuk ahli psikiatri memberi kepada kita secara terperinci apakah skop soalan yang ingin ditanya, kita kene paham status dan keadaan mental saksi-saksi ini iaitu kawan teoh dan ahli keluarga teoh bukan menjadi isu dalam inkues ini,” katanya. KEMALIA OTHMAN TVSELANGOR

No comments
Post a Comment