Biadap! Komen Balas Ibrahim Katak Kepada Tok Guru Nik Aziz!

"Sepatutnya TG Nik Aziz lah yang perlu letak jawatan dan berikan laluan kepada orang baru,dengan keadaan kesihatan dan usia beliau memang sepatutnya beliau berhenti dari menjadi Menteri Besar,dan bukannya saya yang perlu letak jawatan."katanya.

"Dia dah lama menjadi Menteri Besar,dia dah tua dan sakit..dia yang kena letak jawatan dan berikan laluan kepada orang baru yang lebih muda."katanya lagi ketika berada di rumah terbuka di Pasir Mas semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan TG Nik Aziz yang meminta beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas kerana tindak tanduk beliau yang sudah tidak sehaluan dengan parti itu lagi.

"Saya jadi wakil rakyat,saya tak guna pun satu sen duit rakyat,saya guna semua gaji saya untuk rakyat."tegas beliau lagi.

Kalau dia (TG Nik Aziz) kata saya menang sebab Pas,Sebenarnya Pas menang adalah sebab saya.Pada tahun 2004 dia hanya ada dua kerusi,apa pun dia saja yang betul,syurga neraka hak dia."katanya lagi.

No comments

Powered by Blogger.