Kertas Kabinet Dedah Skandal PKFZ
Memorandum yang terkandung dalam kertas kabinet dari Kementerian Kewangan bertujuan mendapat persetujuan jemaah menteri mengenai kelulusan kabinet secara retrospektif bagi peningkatan kos projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Pulau Indah Selangor.
Kos projek tersebut telah meningkat dari RM1.088 bilion kepada RM4.63 bilion. Kerajaan telah meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM4.63 bilion kepada Lembaga Pelabuhan Klang untuk membiayai projek PKFZ ini.
Kertas kabinet itu juga menyatakan kelulusan secara retrospektif diperlukan bagi jaminan kerajaan berhubung penerbitan bon bernilai RM4,632,732,000 oleh Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB).
Pada 2 Oktober 2002, jemaah menteri bersetuju pembelian tanah untuk PKFZ di Pelabuhan Klang berasaskan maklumat projek itu berdaya maju tanpa bantuan kerajaan dan isu perundangan tanah juga telah diselesaikan. Kajian oleh Jabatan Peguam Negara berhubung isu pembelian tanah juga telah dibentangkan.
Pada 23 Oktober 2002, jemaah menteri bersetuju supaya tanah diperoleh melalui Kementerian Pengangkutan secara pengambilan balik tanah di bawah seksyen 3 (1) (a) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 pada nilai RM10.16 sekaki persegi.
KDSB diberi peluang menambak dan membina infrastruktur asas secara "rekabentuk dan bina" (design & build) dan harga dirundingkan serta seterusnya dimuktamadkan oleh Kementerian Kewangan sekiranya melebihi RM100 juta.
Sehubungan itu perjanjian jual beli antara LPK dan KDSB dimuktamadkan dan LPK membuat pembayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus manakala baki dibayar dalam tempoh 15 tahun.
Untuk membiayai pembanguan projek tersebut, bon-bon telah diterbitkan oleh Syarikat Tujuan Khusus (Special Purpose Vehicle). Menteri Pengangkutan juga telah mengeluarkan Surat Sokongan yang menyatakan kerajaan pada setiap masa akan memastikan LPK memenuhi obligasI mengikut tempoh dan jumlah yang ditetapkan.
Menurut kertas kabinet itu, pada 25 Februari 2004, projek tersebut diluluskan pelaksanaannya dalam satu fasa secara 'turnkey'. LPK telah merundingkan skop tambahan dengan KDSB dan kos pembelian tanah sebanyak RM1.7 bilion dan kos pembangunan RM2.9 bilion. Peningkatan kos projek ini telah dimuktamadkan tanpa merujuk kepada agensi pusat.
LPK telah menghadapi masalah menarik pelabur ke PKFZ dan kegagalan ini menyebabkan LPK menghadapi masalah aliran tunai.
Beberapa permohonan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan supaya LPK diberi bantuan kewangan dalam bentuk geran untuk pembelian tanah, pinjaman mudah berperingkat sebanyak RM1.8 bilion dengan kadar faedah empat peratus dan moratorium enam tahun untuk pembayaran balik.
Permohonan ini bagaimanapun telah ditolak oleh Kementerian Kewangan manakala penerbitan bon dan pengeluaran Surat Sokongan yang melibatkan jaminan kerajaan tidak dirujuk kepada agensi pusat.
Oleh itu, Kementerian Kewangan pada 14 Disember 2006 telah memohon penjelasan Kementerian Pengangkutan dan memaklumkan bahawa sebarang surat jaminan perlu mendapat kelulusan jemaah menteri terlebih dahulu dan surat tersebut hanya membolehkan LPK terus terlibat secara aktif dalam pembangunan PKFZ.
Menurut kertas kabinet itu, LPK sebagai sebuah badan berkanun kerajaan tidak boleh dibiarkan menjadi insolven dan jaminan kerajaan perlu diberikan untuk mengekalkan keyakinan pelabur ke atas bon yang diterbitkan.
Obligasi bayaran kepada KDSB perlu dimulakan pada 2007 (tahun kertas kabinet itu dikeluarkan) dengan ansuran sebanyak RM510 juta dan peruntukan tambahan perlu disediakan bagi tahun 2008 hingga 2010.
Kertas kabinet itu turut menjelaskan bahawa Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai halangan dengan kelulusan secara retrospektif serta jaminan kerajaan berhubung penerbitan bon oleh KDSB.
Jabatan Peguam Negara juga tiada halangan terhadap cadangan tersebut dan memohon pertimbangan untuk meluluskan permohonan itu. TVA

No comments
Post a Comment