Wahai UMNO!! Jangan Sembelih Melayu Sabah !

PANDANGAN ini tiada kena mengena dengan isu perkauman sempit atau cuba menafikan hak mana-mana kaum untuk memperoleh peluang mendapat pendidikan ke peringkat tertinggi.

Saya hanya meluahkan rasa kurang senang dan protes atas penindasan yang berterusan ‘MENYEMBELIH’ penduduk pribumi



yang saban hari menyaksikan kampung halaman mereka pupus dan lenyap dari peta bumi Sabah serta mereka diusir ke satu penempatan yang terpencil tanpa mendapat pembelaan menikmati infrastrukur sebuah penempatan menepati ciri-ciri negara membangun.

Kalau MCA mahu dirikan Kolej Tunku Abdul Rahman, buatlah, dirikanlah, tetapi jangan jadikan penduduk pribumi di Sungai Batang sebagai mangsa atas alasan konon untuk menyediakan prasarana pendidikan bagi rakyat Sabah.

Pemimpin UMNO yang mendabik dada sebagai pejuang dan pembela bangsa Melayu, mana dia satu pelan bertindak yang boleh meyakinkan penduduk pribumi yang mereka tidak akan menerima nasib seburuk yang dialami oleh penduduk pribumi di kawasan tanah adat Kg. BDC?

Ataukah pemimpin UMNO juga berlumba-lumba menjadi broker dengan ganjaran fulus (wang) lalu bertindak meyakinkan penduduk pribumi Sungai Batang supaya berpindah ke kawasan lain?

Yang aneh dan pelik ialah terdapat banyak kawasan lain yang sesuai untuk didirikan Kolej Tunku Abdul Rahman ini seperti di Seguntor, Sibuga, sepanjang highway dari Batu Sapi ke kawasan yang padat dengan penduduk Cina di Mawar, Sibuga, Sepilok dan sebagainya, tetapi semua ini tidak menarik minat MCA untuk ‘acquire’ atau ‘mengambil’ tanah-tanah di sekitar kawasan ini untuk tujuan tersebut! Apakah agenda sebenar penubuhan Kolej TAR ini?

Saya yakin jika ditakdirkan UMNO/BN terus menerajui Sabah selepas PRU ke13, pribumi Sabah akan menerima nasib serupa sebagaimana bangsa Melayu di Pulau Pinang. Tun Dr. Mahathir, ketika masih menjadi PM, pernah meluahkan kenyataan bahawa kedudukan dan nasib bangsa Melayu Pulau Pinang sama seperti sewaktu era penjajah dahulu.

Memang hebat pembangunan yang dilaksanakan di Pulau Pinang. Bangunan, kondominium, pusat perniagaan dan sebagainya megah tersergam di sana-sini. Tetapi malangnya bangsa Melayu terus terpinggir dan terpaksa merempat di kawasan-kawasan setinggan.

Pemimpin UMNO cukup seronok melihat kehadiran pelabur-pelabur luar datang menanam modal di negeri ini. Pengarah Jabatan Tanah & UKur, Datuk Osman Jamal pula, dalam kenyataan lucunya berkata, Sabah tidak boleh melaksanakan peraturan yang menegah orang luar memiliki tanah di Sabah. Jika dilaksanakan juga, kata Osman Jamal, ia serupa menghalang orang luar dari datang berkunjung ke Sabah.

Lucu. Memang lucu kerana kenyataan seperti ini hanya memperlihatkan kepada kita tahap professionalisme dan cara berfikir seorang penjawat awam. Betullah kata pepatah..kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan! Rumah milik pribumi yang didirikan atas tanah kerajaan dibakar, perompak balak dan perampas tanah pribumi dibela dan dipertahankan!

Saya pernah melontarkan pandangan saya kepada penduduk Kampung Melayu, Berhala Darat, Sandakan bahawa tiada jaminan yang mereka akan merasa selamat untuk terus kekal mendiami kampung tersebut yang diwarisi sejak berzaman lamanya.

Saya kata, kalaulah ada pelabur Taiwan atau Singapura yang datang melihat keindahan sebuah perkampungan berlatar belakangkan laut membiru dan sebuah pulau, maka ketika itu, pilihan yang ada bagi pemimpin UMNO/BN, ialah untuk menghalau semua penduduk Kampung Melayu Berhala Darat ke satu penempatan lain seperti Kampung Tinusa dan Batu Putih di mana penghuninya terpaksa berhadapan dengan bau busuk setiap kali air pasang dan surut dengan sampah dan najis manusia bertaburan di sana-sini.

Sememangnya kebimbangan saya menjadi realiti. Tidak berapa lama selepas itu, sebuah akhbar Sabah menyiarkan satu berita bahawa LIM KWOK WING UNIVERSITY telah mendapat kelulusan satu kawasan seluas 100 ekar di sepanjang Sim-Sim Highway untuk melebarkan cawangannya di Sandakan. Sama ada kawasan itu ialah di Kampung Melayu Berhala Darat atau sebaliknya, sama-samalah kita tunggu.

Saya menyeru pemimpin Melayu yang mengaku beragama Islam agar insaf melihat kemunduran bangsa pribumi di negeri ini. Gunakanlah kuasa semasa masih berkuasa untuk menafaat dan kepentingan bangsa serumpun, tanpa perlu menganiaya mana-mana kaum.

Kalau kuasa sudah hilang, pemodal-pemodal Cina yang berada di sekeliling kamu sewaktu kamu berkuasa dulu, yang menyuap fulus berlambak ke mulut dan kocek kamu, tidak akan memandang dan menghormati kamu lagi. Rakyat yang kamu aniaya semasa kamu berkuasa juga akan meluat dan membenci kamu. Maka, duduklah kamu terperap di dalam rumah, malu untuk keluar bimbang tidak dilayan masyarakat!.-sabahkini

No comments

Powered by Blogger.