Isa Samad bakal diumum Calon BN PRK Bagan Pinang??
Menurut sumber dalaman yang boleh dipercayai Tan Sri Isa Samad tetap terpilih sebagai Calon bagi PRK DUN Bagan Pinang. Walau pun terdapat pro dan kontra mengenai beliau bertanding nampaknya BN yang mau tidak mau tidak boleh tewas dalam PRK kali ini terpaksa membuat pilihan yang sukar dengan memilih juga beliau yang telah menjalani hukuman gantung 3 tahun jawatan dalam UMNO kerana didapati bersalah terlibat dengan politik wang semasa pemilihan Naib Presiden UMNO.
Umpama ditelan mati emak, diluah mati bapa, ketokohan dan kepimpinan beliau yang boleh diterima oleh semua kaum di Teluk Kemang memungkinkan kewajaran untuk beliau tetap dipilih bertanding walau mendapat kritikan dan amaran dari Tun Dr Mahathir yang berkata perlu UMNO dilihat cuba membersihkan imej dengan menolak semua pemimpin yang terlibat dengan rasuah dan politik wang.
Mungkin di dalam Parti MCA pemimpin yang 'terkantoi' dengan isu moral masih lagi mendapat sokongan dan masih menang dalam pemilihan parti tetapi adakah isu gejala bersalah politik wang tidak diambil kira juga oleh para pengundi di dalam PRK yang sudah tentu digempur habis-habisan oleh jentera parti lawan yang bertanding dan mungkin mewajarkan mereka memainkan isu ini untuk meraih undi simpati? Inilah risiko yang mungkin telah diperhalusi oleh pucuk pimpinan atasan dan dirasai dapat diatasi. Jangan perkara yang berlaku di PRK DUN Permatang Pasir berulang di sini..kerana politik persepsi sudah menjadi trend pada hari ini walau berbuih mulut cuba membuat penafian yang akhirnya membuang masa sahaja ketika berkempen cuba membersihkan imej calon yang menjadi 'shooting target'..
Apa-apa pun sehingga pengumuman rasmi dibuat esok masih ada sifir dan 'capua' yang mungkin menyebabkan calon berubah disaat-saat akhir walau sehingga ketika ini 99.9% nama Isa yang telah diputuskan bakal bertanding. Tidak mustahil juga Naib Ketua Pemuda Bahagian yang merupakan Anak Tan Sri Isa sendiri atau Ketua Wanita Bahagian yang akhirnya akan tercalon, asalkan tidak berlaku 'cah keting' dan dikenali serta boleh diterima oleh para pengundi Bagan Pinang pada penentuan 11 Oktober yang mungkin berlaku persaingan 3 penjuru nanti..
Pada Pilihanraya tahun lepas Allahyarham Azman Mohammad Noor yang mewakili BN menang dengan majoriti 2333 undi menewaskan calon PAS Ramli Ismail yang memperolehi 4097 undi.
Kita tunggu sahaja perkembangan mutakhir nanti...

No comments
Post a Comment