ADUN Sidam Kiri kerja keras bela nasib rakyat
SIDAM KIRI - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam Kiri, Tan Chow Kang sanggup turun padang melihat sendiri keadaan rakyat yang daif di kawasannya dalam usaha menjaga dan membela nasib rakyat agar lebih terjamin dan harmoni.
Chow Kang berkata, beliau mengambil inisiatif sempena Ramadan lepas untuk turun padang meninjau keadaan rakyat yang dikenal pasti kurang berkemampuan yang terdiri daripada orang kelainan upaya (OKU), warga emas dan ibu tunggal serta miskin tegar.
Menurutnya, di kesempatan itu juga beliau mengambil segala butiran penting mengenai golongan kurang berkemampuan tersebut dan melalui Majlis Ketua Kampung (MKK) di setiap kampung yang dilawatinya itu akan dirujuk kepada jabatan berkaitan dalam usaha untuk mendapatkan bantuan sepatutnya.
“Pada tahun ini saya mengambil kesempatan sempena Ramadan lepas untuk pergi dari rumah ke rumah di kawasan Sidam Kiri melawat rakyat yang berada dalam kesempitan hidup dan susah untuk saya ambil perhatian dan menyelami sendiri keadaan mereka yang begitu daif.
“Jika saya tidak turun padang sendiri untuk melihat keadaan rakyat, saya sebagai wakil rakyat tidak tahu betapa susahnya mereka yang telah dikenal pasti oleh MKK masing-masing. Kini saya telah pergi sendiri untuk melihat keadaan rakyat yang susah dan mendapati ada sesetengah penduduk di sini yang keadaan rumah mereka sangat daif dan perlukan bantuan untuk baik pulih rumah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Chow Kang berkata, beliau akan berusaha merujuk mengenai kedaifan sesetengah penduduk di kawasannya kepada Kerajaan Kedah untuk diambil perhatian serius dalam usaha membantu mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung mereka.
Beliau berharap agar ekonomi Kerajaan Kedah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan agar pihaknya dapat memperuntukkan sejumlah wang dalam usaha untuk membantu golongan daif ini.
Dalam perkembangan lain, Chow Kang berkata, dalam kunjungannya ke rumah mereka yang kurang berkemampuan ini, beliau juga menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 57 keluarga daif dan golongan kurang berkemampuan dan turut menyampaikan sumbangan kepada 23 masjid dan surau yang terlibat.
“Saya dan kakitangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Sidam Kiri turut berkesempatan untuk menghadirkan diri ke majlis berbuka puasa di Kampung Seberang Tok Soh bersama penduduk.
“Walaupun kita berbeza agama dan bangsa, namun apa yang perlu dijelaskan di sini ialah Kerajaan Negeri Kedah sentiasa adil dan saksama kepada rakyat tidak mengira kaum dan bangsa,” katanya.

No comments
Post a Comment