Rosmah dah mula melawat PD
Rosmah kagum pembangunan PD
Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my
PORT DICKSON: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, kagum dengan perubahan pesat daerah ini hingga sesetengah kawasan yang sering dikunjunginya ketika kecil tidak lagi dapat dikenali.
Beliau berkata, ibu bapanya sering membawanya berkelah di pantai peranginan di sini dan ketika itu jalan raya di sini terlalu sempit menyebabkan sebuah kereta terpaksa berhenti jika berselisih dengan kereta dari arah bertentangan.
“Kini sudah ada lebuh raya yang cantik dan besar. Saya sendiri yang sudah lama tidak ke sini, kagum dengan perubahan pesat yang berlaku.
“Pembangunan di Port Dickson bukan saja lebih pesat, berbanding kawasan lain di negara ini,” katanya pada Program Sembang Petang anjuran Wanita Umno bahagian Telok Kemang di Kampung Baru Si Rusa di sini, petang semalam.
Rosmah berkata, ketika kunjungannya ke Mesir baru-baru ini, Wanita Pertama negara Afrika lain menyatakan masalah kekurangan makanan di negara masing-masing.
Bagaimanapun, katanya masalah itu tidak berlaku di negara ini dan sambil berseloroh berkata: “Ramai penduduk pula yang terlebih makan.”
Beliau berkata, pelbagai perkhidmatan di negara ini seperti hospital hanya dikenakan bayaran minimum atau percuma, sedangkan di negara lain, termasuk Amerika Syarikat mengenakan kadar bayaran yang tinggi.
Kira-kira 100 penduduk kampung yang kebanyakan wanita menghadiri majlis yang diadakan di pekarangan rumah seorang penduduk, Mujer Salijo, 58, dan isterinya, Kalsom Jais, 56.
Mujer ketika ditemui terharu dengan kedatangan Rosmah ke rumahnya.
“Ini adalah kali pertama isteri pemimpin nombor satu negara datang ke kampung ini dan bertuah kerana rumah saya menjadi pilihan,” katanya.
Rosmah turut beramah mesra dengan penduduk kampung yang tidak melepaskan peluang bersalam dengan beliau.

No comments
Post a Comment