MIC masih mendapat sokongan kaum India: Subramaniam

SUNGAI PETANI: Kemunculan parti baru Makkal Sakhti yang menjadi parti alternatif untuk kaum India tidak akan menjejaskan MIC, kata Naib Presiden MIC, Datuk Dr S Subramaniam.

Beliau berkata, MIC masih mendapat sokongan majoriti kaum India di negara ini dan anggotanya tidak akan menyertai parti politik baru itu.

"Masyarakat India sedar dan tahu bahawa hanya MIC parti yang telah memajukan kaum India di negara ini," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Parti Makkal Sakthi yang diketuai R S Thanenthiran dijangka dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 10 Oktober ini.

Parti itu mendakwa mempunyai lebih 50,000 anggota dan akan disertai ramai anggota dan bekas pemimpin MIC. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.