SATU PERTIGA AKAN MENJADI PENENTU
Bagi masyarakat diNegeri Sembilan khususnya diTelok Kemang pada 11 Oktober ini akan berlaku satu lagi hariraya iaitu Pilihanraya di N31 Bagan Pinang. Memetik beberapa Analisa, keputusan Pilihanraya ini nanti besar kemungkinan ditentukan oleh Satu Pertiga dari jumlah pengundi yang berdaftar. Undi penentu yang dimaksudkan datangnya dari para Pengundi Melalui Pos.
Kedua-dua Parti terbesar dalam Negara yang akan menamakan calun masing-masing pada 3 Oktober tidak mampu meramalkan harapan untuk menang disebabkan faktor undi penentu (melalui pos) ini. Bagi masyarakat Negeri Sembilan mereka memang sudah biasa dengan formula Suku. Tetapi untuk menghadapi formula baru Satu Pertiga ini ia mengundang ketakutan. Ketakutan yang dimaksudkan ialah Parti- Parti politik yang bertanding tidak dibenar berkempen kepada kumpulan 1/3 ini. Dengan yang demikian kita tidak pasti mereka akan mengundi atas pertimbangan apa.
Yang lebih menakutkan UMNO mahupun PAS jika terdapat seorang Calun Bebas dari kalangan pesara tentera yang turut serta bertanding. Jika perkara ini berlaku jumlah majoriti yang akan diperolehi oleh pemenang boleh dikira dengan jari sahaja.
Dengan lain-lain perkataan keputusan Pilihanraya Kecil diBagan Pinang sangat-sangat bergantung kepada prestasi calun yang dikemukakan. Rakyat tidak semudah dulu percaya dengan janji-janji pembangunan yang belum pasti akan kehadirannya.
Pilihanraya Kecil Bagan Pinang akan menjadi ” kayu ukur “ tentang kemampuan setiap yang bertanding. Bagi UMNO yang akan mempertahankan “kerusi selamat” ini siang-siang lagi sudah bermasaalah terutamanya tarik-tali bagi menentukan siapa akan menjadi Calun. Bagi Parti PAS setidak-tidaknya keputusan ini boleh direkodkan sebagai “Dry Run”. Dan bagi sesiapa sahaja yang mampu dan sanggup bertanding sebagai Calun Bebas disini Satu Pertiga yang dimaksudkan akan menjadi miliknya.

No comments
Post a Comment