Angkara Muhyiddin, senyum Mahathir kini sumbing !

Oleh : albanjari
Koleksi foto @ N31 sila rujuk dibawah.

Nasi sudah menjadi bubur ! Itulah peribahasa yg sempurna buat Mahathir dan Najib ! Sumber yg tiba di meja bloggers pagi kelmarin, jelas menunjukkan Isa Samad bukan calon pilihan BN untuk N.31, Pn. Rohani bt. Yaakub atau dikenali dengan panggilan Kak Ani, dan itulah nama tunggal yg dihantar kepada PM oleh Umno Bahagian Teluk Kemang. Hey ! Apa sudah jadi ?

Juga dimaklumkan, pada majlis Rumah Terbuka BN yg diadakan di Port Dickson petang kelmarin, jelas menunjukkan bahawa nama Isa Samad disebut begitu tergesa-gesa oleh Muhyiddin setelah menyedari akan ketibaan Najib, dan ketika dan bilamana Najib masih di dalam mood ketibaan menghadiri majlis tersebut, Muhyiddin pula membuat kejutan ! Nampaknya Muhyiddin begitu 'licik' mencantas hasrat Najib untuk mengenepikan Isa Samad sebagai calon, dan padahnya, saranan keras dan lantang Mahathir untuk menolak Isa sebagai calon BN, jelas ditolak ! Seperti berteriak keras ke arah gunung, suara tak sampai, gunung tidak runtuh ! Itulah yg dapat disimpul bahasakan kepada Mahathir berhubung isu calon sebenar BN di Bagan Pinang.

Malah liputan yg dibuat oleh TV3 begitu hambar malam tadi, dan beritanya hanya sekali lalu tanpa ada ulasan khusus tentang calon yg diangkat itu. Sedangkan pada siri-siri PRK sebelum ini, calon BN seringnya akan dipromosikan sehebatnya dan penuh gemilang, tapi tidak kepada Isa Samad. Mengapa ? Muhyiddin dan Najib tentu ada jawabannya.

Kira-kira jam 7 malam kelmarin, satu lagi kejutan diburaikan. Kebetulan ketika sedang menikmati makan malam di sebuah kedai kopi, keseronokan menikmati roti canai PD diganggu oleh riuhnya sekumpulan anak-anak muda yg ditubuhnya tersalut baju baru berwarna putih, dan pastinya baju itu berlambangkan 'dacing' masuk dengan wajah kelaparan . Setelah didekati, mereka-mereka itu (baca : anak muda BN), memang sedang kelaparan.

Apa tidaknya, mereka benar2 kecewa setelah dikerah untuk berkonvoi motosikal yang dimaklumkan lebih 400 buah motor digunakan bagi meraikan pemgumuman calon BN, tidak sempat nak makan..kerana makanan sudah habis. Janji bagi makan pukul 3, tapi pukul 5 baru boleh makan, nasib badan..ketika tiba giliran mereka, makanan yg disediakan pula habis. Ramai yg tak makan ! Itu yg betul2 mengecewakan mereka. Salah seorgnya masih belum cukup umur pun untuk mengundi, maksudnya masih dibangku sekolah. Apakah Umno sanggup memperjudikan remaja yg masih belum layak mengundi hadir dalam programnyer ?

Cukup mengecewakan bila mereka turut memaklumkan, ketika siri temuramah spontan itu yg diadakan oleh wak di kedai kopi itu memberitahu bahawa mereka dibayar hanya sebanyak RM10 untuk 1 kepala dan bagi sebuah motor. Hadoii..!! Kedekutnya Umno-BN. Mereka tak puashati sungguh ! Bila ditanya tentang upah, belum dapat pun lagi duit RM10 tu, jawab mereka dengan wajah kelat mencebik !

Dibawah susur galur foto mengikut hirarki Majlis Pemgumuman Calon PAS malam tadi.

Pimpinan paling awal tiba, Ustaz Nasharuddin, Timb. Presiden

Sebahagian masyarakat cina yg hadir

Kehadiran YB Azmin Ali bersama Lim Kit Siang ke majlis malam tadi

Hassan Ali pun ada ! Khalid Samad mana ??

Saat diumumkan calon oleh Dato' Presiden PAS


Ucapan calon sebelum sidang akhbar malam tadi.

(*) Okay..cukup dahulu untuk laporan N31 dari wak terus di Bagan Pinang. Wak nak 'zzz..zzz..', letih giler beb ! Tapi puas..Takbirr !! Allahu Akbar.

No comments

Powered by Blogger.