Amaran Kepada Syarikat-Syarikat Pengurusan Bangunan


Saya memberi amaran keras kepada syarikat-syarikat pengurusan bangunan agar jangan mengugut penduduk pangsapuri-pangsapuri. Saya mendapat aduan bahawa terdapat syarikat-syarikat pengurusan yang telah memberi amaran akan mengambil tindakan mahkamah terhadap penduduk jika mereka mendedahkan kegagalan syarikat-syarikat itu melaksanakan tanggung jawab mereka.
Nama pengarah syarikat-syarikat tersebut akan diedarkan kepada semua pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) dan akan dipamerkan agar orang ramai dimaklumkan akan nama-nama mereka yang tidak bertanggung jawab itu. PBT-PBT tidak boleh melantik syarikat yang mempunyai pengarah yang telah disenarai hitam.

PBT juga telah diarah untuk membantu sehingga penduduk dapat menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Board (JMB) yang akan mengendalikan pengurusan sesebuah pembangunan. Hanyalah apabila satu jawatankuasa tidak dapat ditubuhkan maka PBT boleh melantik syarikat pengurusan untuk menguruskan pembangunan itu.

Pada 17 September lepas saya telah menghadiri majlis berbuka puasa di Surau An-Nur, Pangsapuri Bunga Raya, Bukit Sentosa. Saya amat terkejut kerana kami terpaksa berbuka puasa dikelilingi oleh rumput-rumput setinggi hampir 3 kaki. Saya diberitahu bahawa penduduk telah beberapa kali membuat aduan kepada syarikat pengurusan tetapi mereka enggan mengambil tindakan. Oleh itu saya ingin menasihatkan kepada syarikat pengurusan tersebut agar segera membetulkan keadaan atau pengarah-pengarah mereka akan disenarai hitam.

Pada majlis tersebut saya telah menyerahkan secara resmi sijil-sijil JMB kepada 2 pembangunan iaitu blok-blok Chempaka dan Kenanga di Taman Bunga Raya. Saya berharap bagi pembangunan yang memenuhi syarat-syaratnya, lebih banyak JMB akan dapat ditubuhkan di Bukit Beruntung. Hanyalah dengan adanya JMB penduduk akan dapat mentadbir dengan sepenuhnya blok-blok mereka.

1 comment

Lonely but On Standby said...

Very good. Bagus tegas. But siapa saya tu? The blogger?

Good than, you must be somebody! Are you a Yang Berhormat? Orang politic?. If you orang politic, susah to trust that. I know orang politic like to bohong, just like my hubby

Powered by Blogger.