Bung Moktar sahkan sudah ikat Zizie

PETALING JAYA, Dis 20 — Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin yang sebelum ini menafikan sudah berkahwin dengan pelakon Zizie Izette akhirnya mengaku sudah memiliki aktres itu sebagai isteri keduanya.

Wakil rakyat berusia 50 tahun itu berkata beliau kini mahu semua pihak menghormati privasinya.

Beliau yang kini berada di luar negara menafikan sedang berbulan madu.

"Saya bersama anak-anak saya," kata beliau kepada New Straits Times.

Ketika ditanya mengapa beliau membuat penafian sebelum ini, Bung Moktar (gambar) berkata: "Saya lelaki yang sudah berumah tangga. Saya perlu melindungi isteri saya yang satu lagi."

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan bila majlis perkahwinan telah diadakan.

"Setiap orang tahu. Tidak perlu butiran lanjut. Surat khabar telah banyak menulis mengenainya," katanya.

Zizie pula berkata dia menghormati pengesahan Bung Moktar.

Khamis lalu rakan-rakannya di Parlimen juga mengesahkan Bung Moktar sudah berkahwin.

Rakan karib Bung Moktar, Datuk Mohamed Aziz berkata, "terjawablah sudah teka-teki."

"Saya telah menghubungi kawan saya Bung Moktar, senang cakap mereka sudah selamat.

"Saya mendoakan agar beliau bahagia, kebahagian kawan adalah kebahagian kita," kata Mohamed yang juga Ahli Parlimen Sri Gading.

Mohamed menegaskan apa yang dilakukan oleh Bung Moktar tidak salah dari segi undang-undang, adat dan agama.

No comments

Powered by Blogger.