Zizie-Bung Moktar: ‘Mulut saya berat’
PETALING JAYA, Dis 20 — Aktres Zizie Izette yang dikatakan sudah diikat Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berkata "mulutnya berat untuk menjelaskan perkara" sebenar kerana mahu menjaga hati banyak pihak.
Menurut Zizie, kalau ikutkan hati, dia hendak menceritakan semua perkara kerana tidak suka menimbulkan tanda tanya dan membangkitkan spekulasi.
“Saya suka jujur dan berterus terang. Tapi sayangnya saya tak boleh lagi menjelaskan kisah sebenar. Kalau dia tu bujang tak apa,” kata Zizie dalam temu bual dengan Mingguan Malaysia.
Bung Moktar yang sebelum ini menafikan sudah berkahwin dengan Zizie, semalam mengaku sudah memiliki aktres itu sebagai isteri keduanya.
Oleh itu wakil rakyat berusia 50 tahun itu berkata beliau kini mahu semua pihak menghormati privasinya.
Pasangan itu dikatakan sudah bernikah pada malam Rabu lalu.
Majlis berlangsung di sebuah hotel terkemuka yang dihadiri oleh rakan terdekat kedua-dua belah pihak.
Bagaimana pun kata Zizie, biarlah masa dan keadaan menentukan.
Wartawan Mingguan Malaysia menyifatkan Zizie, pelakon pembantu filem "Kekasih Awal Dan Akhir", seorang yang jujur dan berterus terang.
Malah dia tidak pernah untuk menyembunyikan perkara yang benar termasuklah kisah cintanya dengan penyanyi Casey suatu ketika dahulu.
Dia juga sebelum ini mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang ahli perniagaan tetapi jodoh mereka tidak panjang.
Cuma kali ini Zizie, yang berusia 31 tahun, memohon maaf kerana dia tidak dapat untuk berterus terang kisah sebenar yang sedang dilaluinya sehingga membiarkan status dirinya itu menjadi teka-teki.
Bukan untuk mencari sensasi menyembunyikan perkara itu tetapi kali ini, kata Zizie perlu menjaga banyak hati iaitu hati keluarga sebelah sana kerana jodohnya dengan suami orang.
“Saya tak mahu orang kata saya gembira dengan berita ini kerana dalam masa yang sama ada hati yang sedang menangis.
"Sebab itulah saya tidak boleh buat apa-apa kenyataan,” katanya.
Berita hubungan pelakon ini menjadi bertambah hangat apabila dia dan Bung Moktar dikatakan sudah berkahwin secara rahsia.
Malah krew penerbitan drama Suraya turut tertanya-tanya adakah benar Zizie sudah berumah tangga kerana sejak Rabu dan Khamis lalu, dia memohon untuk bercuti.
Penggambaran terpaksa dihentikan atas permintaan Zizie.
Pada petang Khamis lalu, dengan nada gembira, Zizie memberitahu wartawan Mingguan Malaysia, “tanyalah Datuk jika mahukan kepastian.”
“Tanyalah Datuk. Kita ini perempuan, tak elok kalau terlalu banyak buat kenyataan. Nanti ada hati yang terguris,” ujarnya.
Menganggap masih belum ada masa yang sesuai untuk mengumumkan perkara itu, pinta Zizie kepada semua peminat agar bersabar.
Buat masa ini Zizie dan si Datuk sedang memikirkan masa yang sesuai untuk membuat pengumuman rasmi mengenai status mereka.
“Kami sedang mencari tarikh yang sesuai dan masa yang sesuai sebelum apa-apa pengumuman rasmi dibuat. Dia (Datuk) ada keluarga, ada banyak hati yang perlu dijaga,” tambah Zizie.

No comments
Post a Comment