Cerita Ijok - Rupa-rupanya si muflis sedang gila kuasa..

PKR Ijok Kekal Utuh; Khabar Angin Didalangi Ahli Kecewa
Khabar angin mendakwa Cabang Parti Keadilan Rakyat di Dewan Undangan Negeri Ijok akan dibubarkan pada jam 2 petang rupanya didalangi bekas ahli jawatankuasa yang diminta meletak jawatan selepas didapati muflis dan menyalahguna kuasa.

Setiausaha Cabang Abdul Rahman Haji Talib melahirkan kekesalan PKR Kuala Selangor dengan tindakan bekas AJK itu dan menafikan khabar angin tersebut.

Suspek, Azmi Muhammad diminta meletak jawatan pada 25 Oktober lalu.

Sebagaimana yang kita sedia maklum hari ini ialah pembubaran Dun Ijok. Sebenarnya, di Ijok tidak ada Cabang PKR, sebaliknya hanya ranting-ranting PKR. Jadi soal pembubaran tidak berbangkit," kata Abdul Rahman.

"Mengikut Akta Pertubuhan, mana-mana individu yang telah muflis tidak layak menjadi AJK, bahkan juga tidak layak mencadang atau memberi pandangan dalam mesyuarat parti," jelasnya lagi.

No comments

Powered by Blogger.