Hujan lebat di Pahang berterusan hingga malam ini

KUALA LUMPUR 5 Dis — Jabatan Meterologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di Pahang yang dijangka berterusan sehingga malam ini.

Hujan sekejap-sekejap yang kadang kala lebat dari semasa ke semasa itu diramal berlaku di Kuantan, Pekan, Maran, Bera, dan Rompin.

Menurut kenyataan jabatan itu, hujan lebat berkenaan boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah berdekatan tebing-tebing sungai.

Jabatan Metereologi Malaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama, di mana angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 sehingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, diramal berlaku di perairan Condore dan Samui di Kelantan dan Terengganu sehingga esok.

Kawasan pantai di Kelantan dan Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka berterusan sehingga esok.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

— BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.