Jemaah menteri tidak sepakat 'takrif' 1Malaysia? : Initiatif 1 Malaysia Najib ditangguh...



Initiatif 1 Malaysia Najib ditangguh

KUALA LUMPUR, Dis 16 — Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dipercayai bakal berhadapan dengan kelewatan dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif membabitkan konsep 1 Malaysia khususnya berhubung soal perpaduan dan integrasi nasional berikutan kesukaran mencapai kata sepakat di kalangan anggota jemaah menteri.

Situasi itu menyebabkan Kabinet memutuskan untuk menangguhkan langkah mempamerkan inisiatif-inisiatif diputuskan oleh makmal percambahan fikiran 1 Malaysia baru-baru ini.

The Malaysian Insider difahamkan keputusan penangguhan itu diputuskan ketika retreat khas yang diadakan di ibu negara Ahad lalu.

Justeru, pada hari terbuka yang dijadual esok dan luasa di Pusat Konvensyen Sunway di sini, inisiatif-inisiatif berkenaan yang bersangkut paut dengan konsep 1Malaysia tidak akan dipamerkan.

Yang hanya akan dipamerkan ialah kandungan umum konsep 1 Malaysia.

Sumber-sumber memberitahu, Kabinet memutuskan demikian bagi membolehkan kajian lebih holistik dan menyeluruh dijalankan membabitkan pelbagai aspek memandangkan sesetengan idea adalah "terlalu umum" dan "sukar untuk diterima" dari sudut sentiviti agama dan kaum.

No comments

Powered by Blogger.