Laporan Bukit Antarabangsa Akan Tetap Didedahkan
SHAH ALAM, 1 DIS. - Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap akan mendedahakan laporan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa atas dasar keadilan kepada mangsa kejadian.
Bercakap dalam satu sidang media di sini hari ini, Khalid berkata kerajaan negeri akan mencari pelbagai ruang dan kaedah kerana rakyat Selangor berhak tahu punca tragedi itu.
Khalid ditekan dari pelbagai sudut oleh Kerajaan Persekutuan dan media arus perdana dari mendedahkan dokumen Akta Rahsia Rasmi itu.
Beliau turut diancam tindakan undang-undang, dan menghadapi kemungkinan diheret ke mahkamah.
“Amat tidak adil untuk tidak mendedahkan keputusan siasatan berkenaan kepada mangsa tanah runtuh berkenaan. Oleh itu mereka sekurang-kurangnya tahu mengapa ia terjadi dan pengajaran disebalik kejadian berkenaan.
“Jika tidak, kita guna kaedah lain pastikan mangsa dan komuniti sekurang-kurangnya mendapat tahu perkara sebenar yang berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Kualiti 2009 di Dewan Jubli Perak di sini.
Khalid berkata pihak perundangan kerajaan negeri sedang mengkaji beberapa peruntukan lain untuk mengubah status dokumen itu sekiranya Kerajaan Pusat enggan menjawab pada rakyat.
Katanya kesemua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bersetuju memikul tanggungjawab penuh ke atas tindakan mengubah status dokumen berkenaan.
Khalid melahirkan dukacita kerana permohonan kerajaan negeri supaya dokumen tersebut dibuka kepada tatapan awam tidak mendapat maklum balas dari Kabinet.
Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk bersikap telus dengan rakyat, dan tidak menafikan keadilan kepada yang berhak.
“Sebab mengapa Kerajaan Negeri Selangor tetap mahu besikap telus mengenai dokumen berkenaan adalah kerana ia adalah masalah tanah. Saya rasa apa sahaja keputusan yang dibuat kerajaan negeri akan bertanggungjawab berkaian isu tanah,” katanya.
Khalid juga menambah kerajaan negeri akan mendedakan dokumen berhubung isu-isu lain seperti risiko mendiami rumah di lereng bukit.
“Ia mesti didedahkan (risiko mendiami kawasan lereng bukit). Kita tidak boleh tidak membenarkan masyarakat mengetahui mengenai isu ini, ia tidak adil.
“Pada pandangan kami ia tidak perlu dikatakan sebagai rahsia kerana ia untuk maklumat awam,” katanya.

No comments
Post a Comment