Pertuduhan Fitnah Terhadap Saya Semakin Membusuk

Permohonan saya untuk membatalkan pertuduhan fitnah telah pun ditolak mahkamah tinggi. Barisan peguam bela berhujah bahawa pertuduhan tersebut merupakan satu dakwaan jahat dan didalangi konspirasi politik.

Malah dikemukakan bukti penglibatan peguam negara dalam konspirasi kes terdahulu serta penglibatannya dalam pertuduhan terkini. Dilampirkan laporan suruhanjaya “mata lebam” yang menunjuki peguam negara terlibat memalsukan keterangan demi memastikan mereka yang mencederakan saya terlepas dari hukuman.

Manakala mahkamah berpendirian lapuran perubatan sahaja tidak memadai, peguam bela saya berhujah pertuduhan harus membuktikan adanya kemasukan atau tembusan, kerana itu mahkamah perlu mempertimbangkan laporan pusrawi dan hospital kuala lumpur yang jelas menunjukkan tidak berlakunya fitnah liwat itu. Mahkamah juga menetapkan tarikh perbicaraan pada 25 Januari 2009. Peguam Karpal Singh menyebut Mahkamah Persekutuan belum memberikan keputusan bersabit permohonan kami memperolehi dokumen. Hakim Zabidin Mohd Diah dengan bersahaja menjawab “tidak perlu.”

Mahkamah tinggi hari ini juga memutuskan punyai kuasa untuk membatalkan satu pendakwaan bagi mengelak penyalahgunaan kuasa mahkamah: “Safeguard an accused from abuse.”Dihadapkan dengan bukti yang jelas sebegini pun mahkamah memilih untuk berpihak kepada pendakwa.

ANWAR IBRAHIM

No comments

Powered by Blogger.