Rombakan Kelantan, Nik Aziz gugur setiausaha politik?
Oleh G Manimaran dan Mohd Zuharman
PETALING JAYA, Dis 27 — Di sebalik siri kontroversi politik Kelantan spekulasi mengatakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah memutuskan untuk membuat rombakan kecil awal tahun dengan menukar setiausaha politiknya Anual Bakhri Haron.
Laporan-laporan blog menyebut beliau akan diberhentikan mulai Jumaat ini.
Menteri Besar Kelantan disebut-sebut akan membuat rombakan pentadbiran kerajaan negeri untuk mengharungi cabaran tahun 2010 ekoran beberapa isu kontroversi sejak kebelakangan ini.
Keputusan menggugurkan beliau dikaitkan dengan perkembangan pentadbiran negeri itu termasuk isu menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang didesak melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Ariffahmi akan meninggalkan PMBK Mac depan.
Laporan blog hari ini juga mendakwa keputusan menggantikan Anual berkait dengan hubungan beliau dengan Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa.
Laporan itu menambah beliau akan digantikan sama ada oleh Pengarah Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan Wan Nik Yusof Ngah yang juga bekas Ahli Parlimen Bachok atau bekas bendahari PAS negeri Dr Izani Hussin.
Bagaimanapun Anual yang dihubungi The Malaysian Insider petang tadi menafikan beliau terlibat dalam rombakan yang dimaksudkan.
“Hari ini hari kerja yang pertama minggu ini, saya sibuk sedikit dari pagi tadi. Tetapi saya belum mendengar apa-apa bahawa saya akan digantikan... tidak ada berita,” kata beliau.
Anual pernah didakwa oleh anak Nik Aziz sebagai antara pegawai yang memberikan nasihat yang salah kepada Mursyidul Am PAS itu dan cuba melaga-lagakan beliau dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sementara itu The Malaysian Insider yang turut menghubungi setiausaha akhbar Nik Aziz, Mohd Saiba Yaakub juga menafikan beliau akan terlibat dalam rombakan awal tahun kali ini.
“Takde, Tok Guru tak maklum apa-apa pun pasal itu. Saya jumpa Tok Guru (Nik Aziz) pun tak sebut pasal ini.
“Tanya khabar keadaan di Mekah itu ada lah. Kalau ada pertukaran pun saya lebih berminat untuk sambung belajar, jadi pensyarah,” katanya.

No comments
Post a Comment