YB Law Choo Kiang turut bersama dalam program Maal Hijrah di Dewan Chung Kuang, Sg Bakap

26hb Dis 09, AJK Surau Tmn Murai Jaya, Simpang Ampat, SPS, & JKKK Simpang Ampat, SPS dengan kerjasama MMK Pembangunan Luar Bandar & Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Program Maal Hijrah dengan jayanya di Dewan Chung Kuang semalam. Kira-kira 1500 penonton membanjiri dewan tersebut untuk mendengar ceramah daripada ahli-ahli panel forum perdana yang terkemuka seperi Ust Badrul Amin, Ust Dr Jamnul Azhar & Ust Mahuzam bin Mohd Lazim.

YB Law Choo Kiang, ADUN kawasan Bkt Tambun merangkap Exco kerajaan negeri Pulau Pinang turut hadir bersama-sama dengan muslimin & muslimat untuk menjayakan program sempena Maal Hijrah yang bertajuk HIJRAH MEMBENTUK PERIBADI UMMAH. Beliau turut menyumbang RM 5000 untuk program ini.

Hadir bersama YB Law adalah En Khor Kok Chin, pengerusi JKKK Simpang Ampat berserta isteri beliau.

Dalam forum tersebut, Ustaz Badrul Amin berpesan agar peristiwa Hijrah ini bukan hanya untuk mendengar satu cerita tetapi yang lebih penting pengajaran dari peristiwa Hijrah. Mengapa Allah tidak permudahkan sahaja Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah dengan menghantar borak seperti peristiwa Israq dan Mikraj?

Di antara pengajarannya adalah :-
1) Dalam perjuangan strategi perlu ada memerlukan pengorbanan.
2) Dalam perjuangan orang muda amat diperlukan seperti Saidina Ali yang baru berusia 12 tahun sanggup menggantikan tempat tidur nabi diketika Nabi mahu dibunuh.
3) Dalam perjuangan orang bukan Islam juga diperlukan seperti Abdullah Uraiqit yang menjadi penunjuk jalan kepada Nabi dari Mekah ke Madinah.
4) Dalam perjuangan wanita juga diperlukan seperti Asma’ Abu Bakar yang sanggup menyedia dan menghantar makanan ketika nabi di gua Thur selama 3 hari.

Sewajarnya umat Islam di semua peringkat pada hari ini menyedari bahawa jatuh bangun agama, tamadun serta identiti umat banyak bergantung kepada potensi anak muda.

Dengan sokongan dan pengorbanan mereka, banyak berlaku peristiwa-peristiwa yang telah mengubah perjalanan masa depan dunia dan tamadun kemanusiaan. Itulah hasilnya jika anak muda dididik dengan akidah dan akhlak yang mantap bukan dengan hiburan yang terlampau.


nak tengok foto sila klik di sini...

No comments

Powered by Blogger.