AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA Dikeluarkan pada pukul 8.40 pagi 06 Jan 2010



AMARAN KATEGORI PERTAMA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
Dikeluarkan pada pukul 8.40 pagi 06 Jan 2010

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
I)Angin kencang Timur/Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di perairan Condore, Reef North, dan Layang-Layang dijangka berterusan sehingga Isnin, 11 Januari 2010.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

(Dipertingkatkan dari nasihat yang dikeluarkan pada pukul 2.10 petang, 4 Januari 2010)

II)Angin kencang Timur/Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang dijangka berlaku di perairan Samui (Kelantan dan Terengganu), Tioman (Johor Timur dan Pahang), Sarawak, Sabah, W.P. Labuan, Reef South, Bunguran, Palawan dan Sulu bermula pada Khamis, 7 Januari 2010 sehingga Isnin, 11 Januari 2010.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Oleh: Jabatan Meteorologi Malaysia
(Bhg. Kajicuaca Lautan dan Oseanografi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Amaran JMM.RML07/701/03/Jld. 28 (94)

No comments

Powered by Blogger.