Aziz Bari diberi amaran
Walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan dan penarikan diri ahli panel, namun forum membantah e-undi dalam pilihanraya kampus, tetap diteruskan walaupun terpaksa diadakan di koridor dewan kuliah utama Akademi Pengajian Islam (API) Universi Malaya (UM) malam tadi.
Forum yang membahaskan tajuk "E-Voting dan Masa Depan Demokrasi Kampus" itu turut dikejutkan penarikan diri pensyarah terkenal Dr Abdul Aziz Bari (kiri) sebagai ahli panel beberapa jam sebelum majlis itu berlangsung.
Forum anjuran Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) itu terpaksa diadakan di luar dewan tersebut selepas pihak pentadbiran membatalkan penggunaan dewan kuliah untuk forum tersebut, tiga hari lalu.
Sebelum ini dilaporkan dua penyelaras BANTAH menerima ugutan dalam bentuk surat layang dan mesej SMS serta didesak membatalkan forum tersebut. Forum itu berlangsung selama satu jam setengah bermula jam 9.45 malam.
Pengerusi BANTAH, Mohd Aizat Mohd Salleh ketika ditemui pemberita selepas forum itu berakhir mendakwa, penarikan tokoh akademik itu disebabkan surat amaran telah dikeluarkan kepadanya oleh pentadbiran Univerisiti Islam Antarabangsa (UIA).
"Ini adalah satu pencabulan demokrasi kepada ahli akademik," katanya ketika mengulas penarikan diri Dr Abdul Aziz pada saat-saat akhir.
Diberi surat amaran
Menurut Aizat, sebelum ini, pihaknya telah dua kali mendapat persetujuan kehadiran pakar perlembagaan itu untuk menghadiri forum malam tadi.
Sebelum majlis itu bermula, Mohd Aizat memberitahu Malaysiakini, bahawa beliau menyedari keputusan Dr Abdul Aziz itu setelah menyemak emelnya jam 1 tengah hari semalam.
Menurutnya, sebaik sahaja menyedari hal tersebut, beliau cuba meyakinkan Abdul Aziz supaya menghadiri majlis tersebut dengan membalas emelnya.
Bagaimanapun, sehingga jam kira-kira 4.30 petang semalam, emelnya kepada Dr Abdul Aziz Bari tidak dijawab.
Dalam emel lima perenggan yang dihantar kepada Mohd Aizat yang juga exco MPMUM, Dr Abdul Aziz memohon maaf kerana tidak dapat hadir sebagai ahli penal forum tersebut, selepas dikatakan mendapat surat amaran dari UIA.
Mengulas lanjut, Mohd Aizat berkata beliau bercadang untuk berjumpa dengan Dr Abdul Aziz Isnin ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung surat amaran dan bentuk tekanan yang diterima oleh tokoh akademik tersebut.
Sementara itu, ketiadaan Dr Abdul Aziz tidak mematahkan semangat BANTAH untuk menerus penganjuran forum malam tadi, yang disifatkan sebagai kemuncak penentangan pelaksanaan pengundian secara elektronik dalam pilihanraya kampus itu, yang dijangka diadakan pertengahan bulan ini.
200 pelajar hadir
Forum itu mendapat sambutan hangat dengan lebih 200 pelajar yang beramai-ramai duduk bersila dan bersimpuh di atas hamparan tikar, di hadapan dewan tersebut.
Selain mahasiswa UM dan UIA, forum malam tadi turut hadir pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).
Ahli panel forum tersebut terdiri daripada ADUN Teja Chang Lih Kang, Pengerusi Pro-Mahasiswa (Pro-M) Nasional Mohd Shafie Hashim manakala pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Shazni Munir Mohd Ithnin pula menggantikan tempat Dr Abdul Aziz Bari.
Forum tersebut dipengerusikan oleh Mohamad Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini, salah seorang tertuduh dalam kes menconteng dan cubaan membakar dewan kuliah API, beberapa bulan lalu.
Dalam majlis itu juga, pihak MPMUM dan Pro-M, masing-masing mengedarkan risalah kepada hadirin, yang menyatakan sebab mereka membantah penggunaan e-undi.
BANTAH juga turut menggantungkan kain rentang di dewan kuliah tersebut untuk mengumpul tandatangan pelajar yang membantah pelaksanaan sistem tersebut.
,alaysiakini

No comments
Post a Comment