Bo La Belawak Prehim!

KOTA BHARU 8 Jan. – Insiden menyerang dan membakar gereja adalah tindakan sabotaj untuk memburukkan umat Islam dan merosakkan ekonomi negara, kata Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Beliau berkata, tindakan yang dilakukan oleh golongan tidak bertanggungjawab itu timbul di saat umat Islam di negara ini hangat menentang isu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain memberi gambaran seolah-olah umat Islam adalah pengganas yang sanggup membakar rumah ibadat kaum lain hanya kerana menentang penggunaan kalimah tersebut.

"Ia seolah-olah memberi gambaran umat Islam adalah pengganas dan militan yang sanggup berbuat apa sahaja kerana kemarahan terhadap isu penggunaan perkataan Allah itu sedangkan belum terbukti mereka yang membakar gereja itu adalah umat Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perkasa Kelantan di sini hari ini.

Sambil menyifatkan insiden itu memberi tempias dan merosakkan nama baik umat Islam di negara ini, beliau berkata, tindakan itu menggugat kestabilan ekonomi negara. – Bernama

No comments

Powered by Blogger.