Doktor, Jururawat dan Wartawan Undi Pos Juga PRU13?
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekali lagi berusaha untuk memberi "talian hayat" kepada BN dalam pilihanraya umum akan datang. Dalam satu kenyataan semalam, SPR menyatakan bahawa akan mempertimbangkan untuk membenarkan para doktor, jururawat dan wartawan membuang undi secara pos dalam pilihanraya umum akan datang. Kenyataan yang dibuat oleh Pengerusinya, Tan Sri Abd Aziz Yusof (foto), itu jelas sekali mempunyai "udang di sebalik mee".
Apa yang jelas SPR sekali lagi dilihat mahu memastikan BN menang dalam piliharaya umum akan datang selepas tertewas sebenarnya dalam pilihanraya umum yang lalu. Jika dulu SPR dibawah pimpinan Tan Sri Rashit, berjaya menggunakan persempadanan semula sebagai senjata utuh bagi memastikan BN menang. Kini SPR sekali lagi cuba melaksanakan agenda BN itu. Soalnya, apakah Aziz Yusoff sedar apa yang mahu dilakukan itu bakal menimbulkan kemarahan rakyat sebenarnya. Apakah beliau sengaja mahu mencari "padah" dan sengaja ingin "menjolok sarang tabuan" dengan tindakan terbarunya itu.
Amat malang bagi rakyat Malaysia, apabila mempunyai manusia durjana yang memimpin satu badan yang sepatutnya bebas itu. SPR di Malaysia, bukan sahaja tidak bebas malah motto mereka "cekap dan telus" merupakan satu "omongan kosong" semata-mata. Apa yang jelas dapat dilihat mereka hanya mahu bertindak adil, telus dan cekap terhadap kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sahaja. Lantaran itulah kenyataan tentang undi pos kepada doktor, jururawat dan wartawan ini dikeluarkan. Adalah lebih elok SPR umumkan, semua rakyat Malaysia melaksanakan undi secara pos sahaja. Benarkan juga mereka yang sudah cukup syarat untuk mengundi, tidak perlu berdaftar lagi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya.
memang umno pelihara lembu yang baik2!

No comments
Post a Comment