Jakim Vs Nazri! Siapa Yang Betul?

Jakim : Tiada 2 Undang-undang Berkaitan Isu Kalimah Allah

Kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mula dibidas cabang-cabang kerajaan sendiri.

Kali ini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berpendirian bahawa masyarakat Kristian di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak tidak boleh menggunakan kalimah Allah.

Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, tidak boleh ada dua jenis undang-undang dan peraturan berhubung isu Allah.

Badan hal-ehwal Islam persekutuan ini bersama-sama pimpinan gereja Kristian menyanggah kenyataan Nazri yang dilaporkan sebagai berkata Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk membenarkan kalimah itu terus digunakan di Sabah dan Sarawak.

Kenyataan Nazri ini disiarkan di muka hadapan akhbar The Borneo Post.

Wan Mohamad berhujah oleh kerana aturan telah ditentukan Kebinet berhubung isu ini, maka kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh pihak gereja.

Jakim berpandangan pengecualian untuk Sabah dan Sarawak tidak akan menyelesaikan polemik hari ini ekoran penghijrahan dan mobiliasasi rakyat negeri itu ke Semenanjung.

Wan Mohamad berkata perkara ini hanya boleh diselesaikan secara sistematik, melalui satu undang-undang dan aturan standard.

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 16 Mei 1986 yang memutuskan bahawa kalimah Allah antara perkataan yang tidak boleh diizinkan penggunaannya untuk masyarakat bukan Islam.

Selain kalimah Allah, turut digazet eksklusif untuk masyarakat Islam adalah Baitullah, Solat dan Kaabah dibawah (Warta P.U (A) 15/82) dan (Pekeliling KKDN. S.59/3/6/A) bertarikh Dec 5 1986.

Kabinet sekali lagi menguatkusakan larangan itu pada 18 Oktober 2006 dan 1 November 2006. Kali terkahir dibawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 Januari 2008.

Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan menguatkuasakan Enakmen Agama-Agama Bukan Islam 1988 yang menyekat penggunaan kalimah Allah secara oral mahupun bercetak.tvs

No comments

Powered by Blogger.