JIM: Herald Perlu Tangguh Tuntutan Guna Kalimah Allah

KUALA LUMPUR, 7 Jan. - Jemaan Islah Malaysia (JIM) berpendirian supaya The Herald perlu menangguhkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah sehingga selesainya kes terdahulu yang hampir sama membabitkan sidang Injil Borneo.

Presidennya, Zaid Kamaruddin berkata, sidang itu sebelum ini menuntut penggunaan empat kalimah yang digunapakai dalam al-Quran iaitu Allah, baitullah, solat dan Kaabah.

Sehingga kini kes tersebut masih dalam perbincangan Mahkamah Tinggi dan dijangka berlarutan untuk tempoh yang lama.

“Kes sidang Borneo melibatkan penahanan bahan-bahan dakwah agama Kristian yang mengandungi kalimah Allah yang diambil dari Indonesia. Bahan-bahan seperti CD, VCD, dan buku-buku dirampas pihak imegresen di KLIA,”katanya.

No comments

Powered by Blogger.