Kenapa YBK ‘bantu’ Juara Rakyat tajaan Umno? - Lau Weng San
Oleh Roziyah Mahamad
KUALA LUMPUR : Menteri Besar (MB) Selangor dilihat perlu bertegas dengan Yayasan Basmi kemiskinan (YBK) kerana YBK bukan sahaja tidak telus dalam pentadbirannya berkenaan dengan pemberian kerajaan negeri Selangor tetapi juga kelihatan tidak bebas dan berat sebelah terhadap Umno dalam menjalankan tugas mereka.
Hal ini ditegaskan ADUN Kampung Tunku, Lau Weng Seng dalam kenyataan medianya yang dihantar kepada Era Pakatan.
"Bagaimanakah YBK dapat berfungsi dengan bebas tanpa gangguan politik daripada Umno jika ianya hanya mengikut telunjuk Umno sahaja? Memang menjadi pengetahuan orang ramai bahawa program 'Juara Rakyat' ini merupakan program parti Umno seperti yang diterangkan oleh Ketua Penerangannya Datuk Ahmad Maslan.
"Malahan Datuk Ahmad Maslan pernah berkata mereka hanya menggunakan sumber-sumber UMNO dan tidak melibatkan sumber-sumber kerajaan persekutuan. Jikalau sedemikian, mengapa pula YBK sebagai sebuah badan NGO pula terlibat dalam program berpartisan ini?," tegas Lau Weng San.
Menurut beliau, Kerajaan negeri Selangor sebelum ini telah meminta YBK mendedahkan maklumat semua bantuan yang telah diterima daripada Kerajaan Negeri semenjak yayasan itu ditubuhkan kerana laporan kewangan yayasan tersebut yang dipaparkan di dalam laman web rasminya tidak memberi maklumat penuh berkenaan harta dan wang yang telah diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor.
MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga berkata laporan kewangan yang dipaparkan tidak menyebut tentang tanah seluas 1,300 ekar di Serendah yang bernilai lebih kurang RM78 juta (dikira pada RM60,000 setiap ekar), di mana tanah itu adalah antara pemberian yang terbesar nilainya.
Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini telah memohon kepada YBK supaya melantik Dato Menteri Besar Selangor sebagai pengerusi YBK sementara ahli EXCO kebajikan dan dua lagi wakil Kerajaan Negeri dilantik sebagai ahli lembaga penasihat . Namun demikian YBK telah menolak permohonan tersebut.
"Saya percaya tindakan ini dilakukan kerana YBK telah menerima banyak pemberian daripada kerajaan negeri dan kerajaan negeri selangor sebagai penyumbang terbesar mempunyai hak untuk memantau operasi YBK supaya ianya menepati sasarannya," jelas Lau Weng San.
Beliau berharap, YBK memahami konsep ketelusan dan lebih-lebih lagi ianya perlu telus terhadap antara penyumbang terbesarnya – Kerajaan Negeri Selangor dan tidak harus dilihat sebagai memihak kepada Umno sahaja.
KUALA LUMPUR : Menteri Besar (MB) Selangor perlu bertegas dengan Yayasan Basmi kemiskinan (YBK) kerana yayasan itu bukan sahaja tidak telus dalam menjalankan pentadbirannya berkaitan hal pemberian kerajaan Selangor sebelum ini, malah ia juga kelihatan tidak bebas dan cenderung memihak kepada Umno dalam menjalankan tugas mereka.
"Bagaimana YBK dapat berfungsi dengan bebas tanpa gangguan politik Umno jika yayasan ini cuma mengikut telunjuk Umno saja? Menjadi makluman umum bahawa 'Juara Rakyat' ini adalah acara Umno seperti yang dijelaskan Ketua Penerangannya Datuk Ahmad Maslan.
"Malah beliau berkata, mereka cuma mengguna sumber-sumber Umno dan tidak mahu melibatkan sumber-sumber kerajaan persekutuan. Jika begitu, kenapa pula YBK terlibat dalam acara yang bersifat kepartian ini?" soal Adun Kampung Tunku Lau Weng San dalam suatu kenyataan medianya di sini, hari ini.
Kerajaan negeri Selangor sebelum ini meminta YBK mendedahkan maklumat tentang semua bantuan yang diterimanya daripada kerajaan negeri sejak yayasan itu ditubuhkan, kerana laporan kewangan yang didedahkan melalui laman sesawang rasminya tidak memberi maklumat penuh berkenaan harta dan wang yang didanai oleh kerajaan negeri sebelum ini.
MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, laporan kewangan yang dipaparkan tidak menyebut mengenai tanah seluas 1,300 ekar di Serendah yang bernilai lebih kurang RM78 juta (dikira pada RM60,000 setiap ekar), di mana tanah itu adalah antara pemberian yang terbesar nilainya.
Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini telah memohon agar YBK melantik Menteri Besar Selangor sebagai pengerusi badan itu manakala ahli Exco Kebajikan dan dua lagi wakil kerajaan negeri dilantik sebagai ahli lembaga penasihat. Namun begitu, YBK telah menolak permohonan itu.
"Saya percaya tindakan ini dilakukan kerana YBK telah menerima banyak pemberian sebelum ini dan kerajaan negeri Selangor sebagai penyumbang terbesar mempunyai hak untuk memantau operasi YBK supaya ia menepati sasarannya," tambah Lau.
Lau berkata, pihaknya berharap agar YBK dapat bersikap telus lebih-lebih lagi kepada penyumbang terbesarnya, iaitu kerajaan Selangor dan yayasan itu tidak harus dilihat sebagai memihak kepada Umno sahaja.

No comments
Post a Comment