Makkal Sakti pecat Presiden sulung Thanenthiran 17 Jan?

TERKINI
Oleh G. Manimaran

SHAH ALAM, Jan 9 — Kemelut Parti Makkal Sakti, parti yang dilancarkan Oktober lalu, memasuki bab baru hari ini dengan kumpulan mencabar kepimpinan R.S. Thanenthiran memutuskan untuk mengambil tindakan disiplin termasuk kemungkinan besar dipecat dari parti itu minggu depan.

Atas prinsip demokrasi dan keadilan beliau akan dipanggil untuk menghadiri satu inkuiri dijadual 17 Jan ini.

Bagaimanapun berdasarkan perkembangan sepanjang satu bulan lalu Thanenthiran dijangka keberatan untuk memenuhi keputusan kumpulan ini yang diterajui timbalan presiden A. Vathemurty.

Jika Thanenthiran (gambar) tidak hadir jawatankuasa inkuiri akan menjatuhkan hukuman digugurkan keahlian, sekali gus dipecat dari Makkal Sakti.

Kumpulan ini telah pun memberi kata dua kepada Thanenthiran agar meletakkan jawatannya secara terhormat.

Mereka mendakwa sudah hilang kepercayaan terhadap Thanenthiran, bekas penyelaras Hindraf, yang memperoleh parti baru dengan harapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar ia akan menjana sokongan masyarakat India dalam pilihan raya umum akan datang.

"Keputusan ini salah satu daripada enam resolusi yang diluluskan oleh mesyuarat jawatankuasa pusat parti hari ini," kata Vathemurt pada sidang akhbar.

Selain mencipta sejarah sebagai parti yang dilanda krisis kepimpinan tidak sampai dua bulan selepas dilancarkan, Makkal Sakti juga dilihat satu-satunya parti politik yang menjemput wakil media memantau perjalanan mesyuarat jawatankuasa pusatnya hari ini, yang berlangsung kira-kira sejam bermula 10 pagi tadi.

Apa pun mesyuarat ini hanya dihadiri oleh 13 daripada 27 anggota jawatankuasa itu.

Kesemua mereka yang hadir itu merupakan penyokong timbalan presiden. Seorang lagi penyokong kumpulan ini tidak hadir atas alasan ada urusan lain.

"Pertemuan pada 17 Jan ini hanya merupakan mesyuarat jawatankuasa inkuiri yang akan turut dihadiri oleh anggota jawatankuasa... kami mahu mereka ikut perjalanan jawatankuasa inkuiri ini.
Mempunyai foto percutian yang hebat? Bolehkah ia memenangi pertandingan foto ini?

"Hasil pertemuan jawatankuasa inkuiri ini, jawatankuasa pusat akan membuat keputusan sama ada memecat Thanenthiran ataupun sebaliknya.

"Jika Thanenthiran memilih untuk tidak datang kami akan mengambil keputusan sewajarnya iaitu memecat beliau," katanya.

Bagaimanapun kata beliau pelantikan presiden baru tidak akan ditentukan 17 Jan ini.

"Ia akan ditentukan pada hari lain kelak," katanya.

Berdasarkan salah satu usul yang dibahaskan Thanenthiran dikehendaki menghadiri mesyuarat jawatankuasa inkuiri 17 Jan ini untuk menjawab tuduhan mencemarkan imej parti itu.

Terdahulu, mesyuarat hari ini bermula pukul 10 pagi selepas Thanenthiran yang ditunggu tidak hadir.

Berbanding mesyuarat yang dipanggil 19 Dis lalu pertemuan pagi ini diadakan di ibu pejabat parti ini di bangunan Pusat Perniagaan Worldwide di sini.

Pada bulan lalu mesyuarat diadakan di bawah khemah di pekarangan bangunan itu selepas pejabat parti dikunci.

Mesyuarat 19 Dis lalu memberi peluang kepada Thanenthiran sama ada meletakkan jawatan atau digulingkan menerusi mesyuarat agung khas, dan jika meletakkan jawatan akan dilantik sebagai penasihat.

Thanenthiran beberapa kali telah menolak desakan melepaskan kedudukannya.

Mesyuarat hari ini juga dihadiri setiausaha agung parti, R. Kannan.

Ketika ditanya mengapa mengubah pendirian selepas memutuskan untuk memberi Thanenthiran meletakkan jawatan dan kemudian dilantik sebagai penasihat atau pemilihan baru dalam 90 hari, Kannan berkata:

"Thanenthiran telah bertindak tidak menghormati keputusan kami bulan lalu apabila beliau mendakwa dan membuat laporan polis anggota jawatankuasa pusat (dari kumpulan diterajui timbalan presiden) cuba mengugut beliau dan sebagainya semasa mahu menyerahkan notis keputusan.

"Oleh itu kami merasakan tidak wajar memberi beliau peluang sedemikian, dan kami meluluskan usul baru menghadapkan beliau ke jawatankuasa inkuiri," katanya.

Mesyuarat hari ini juga meluluskan usul surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Thanenthiran sebagai tidak sah, katanya.

Thanenthiran mengeluarkan surat tunjuk sebab ke atas 14 anggota jawatankuasa pusat yang diterajui Vathemurthy kerana mengadakan mesyuarat di khemah di pekarangan bangunan Pusat Perniagaan Worldwide.mi

No comments

Powered by Blogger.