Najib Marah Wartawan Tanya Isu Bakar Gereja? Najib Gelabah?

Gereja dibakar: Najib nafi Umno api-apikan perasaan marah
Oleh Neville Spykerman

PUTRAJAYA, Jan 8 — Datuk Seri Najib Razak dengan sekeras-kerasnya menolak dakwaan bahawa Umno membakar perasaan tidak puas hati ekoran keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan perkataan "Allah", yang turut menyebabkan tiga gereja diserang sejak tengah malam tadi.

"Jangan menuding jari ke atas Umno ataupun mana-mana pihak.

"Kami sentiasa sangat bertanggungjawab, jangan kata serangan ini dihasut oleh Umno," kata Najib yang kelihatan tidak gembira apabila ditanya sama ada ahli-ahli politik khususnya dari Umno seharusnya dipersalahkan kerana mengapi-apikan situasi yang tegang sekarang.

Sebaliknya beliau marah wartawan ini yang mengajukan soalan sama ada Umno wajar diperslahkan dalam hal ini.

Ahli Majlis Kepimpinan PKR, Datuk Zaid Ibrahim mengutuk Umno dan menggesa kerajaan mengambil tanggungjawab penuh terhadap serangan-serangan gereja sejak tengah malam tadi.

“Ia harus mengambil tanggungjawab penuh atas situasi yang semakin buruk antara masyarakat berlainan agama di negara ini dalam mengendalikan isu Allah," kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini.

No comments

Powered by Blogger.