Nik Aziz Ditipu Menantu?

Dari pagi tadi asyik dapat SMS dan panggilan telefon dari sahabat-sahabat Kelantan tentang kemunculan banner misteri yang mendakwa ‘Nik Aziz Ditipu Menantu…Biarkan….Biarkan…”. Nama Ariffahmi terpampang jelas dengan tujuh tuduhan dilontarkan seperti dalam gambar dibawah.

Saya tidak mahu berbicara panjang soal Ariffahmi sebab kes beliau sedang disiasat oleh SPRM dan beliau juga sudah mengumumkan akan meletakkan jawatan pada bulan Mac ini. Bagi saya semuanya yang berkaitan dengan Ariffahmi sudah selesai kecuali kes SPRM beliau yang belum dibuktikan lagi. Maklumlah yang menuduhnya adalah orang Umno, maka pening juga SPRM nak reka bukti untuk kaitkan dengan beliau dan Tok Guru Nik Aziz.


No comments

Powered by Blogger.