Protes Herald di Masjid Negeri Jumaat Ini, MB Gesa Buat Di Stadium Shah Alam

SHAH ALAM, 06 Jan - Kerajaan Negeri tidak menghalang mana-mana pihak yang mahu menganjurkan perhimpunan aman membantah penggunaan kalimah Allah oleh warta Katolik, The Herald.

Bagaimanapun Kerajaan Pakatan Rakyat mengesa ia dilakukan di tempat tertutup seperti di Stadium Shah Alam bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

“Jika anda mahu membantah, anda boleh membantah dalam Stadium, untuk masa depan Perlembagaan, saya sokong idea bantahan dalam stadium, Pakatan Rakyat berbesar hati menyertainya jika ia dilakukan dalam stadium”, kata Tan Sri Khalid.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Selangor di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam petang tadi.

Tan Sri Khalid berkata, kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menghalang mana-mana pihak yang cuba menyalahgunakan kalimah Allah dalam sebarang penerbitan.

Sekiranya tindakan ini dibiarkan berleluasa tanpa pemantauan pihak berkuasa dikhuatiri boleh mengelirukan rakyat dan menyentuh sensitiviti umat Islam negara ini.

“Pentadbiran bermaksud, jika kita, kerajaan negeri mendapati penyalahgunaan kalimah Allah, kerajaan negeri boleh mengambil tindakan dan kepada sesiapa yang memahami Allah tuhannya, maka kita tidak akan menganggunya”, tambah Khalid. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

No comments

Powered by Blogger.