Selangor kutuk serangan gereja

Nazri Abdullah
SHAH ALAM, 8 Jan: Kerajaan Negeri Selangor mengutuk perbuatan mereka yang tidak bertanggjungjawab menyerang dan membakar beberapa gereja di Selangor dan sekitar lembah Kelang.

Dalam satu kenyataan, Menteri Besar, Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perbuatan tersebut adalah satu tindakan yang bacul kerana ianya boleh mengeruhkan keharmonian dan menimbul kekeliruan diantara masyarakat majmuk di Malaysia.

"Kami berharap rakyat Malaysia dapat bertenang sementara polis menjalankan siasatan," kenyataan beliau dipetik.

"Kami menyeru kepada pihak polis agar menjalankan siasatan yang professional dan telus sehingga mereka yang tidak bertanggungjawab ini dapat dihadapkan ke muka pengadilan. Adalah diharapkan pihak polis juga akan meningkatkan kawalan disemua rumah ibadat agar kejadian buruk ini tidak berulang," katanya lagi.

Beliau menegaskan bahawa sebarang serangan ke atas rumah beribadat tidak direstui oleh mana-mana ajaran agama.

Manakala sikap saling menghormati dan toleransi adalah elemen penting bagi menjamin kestabilan dan keamanan masyarakat pelbagai kaum dalam negara seperti Malaysia.

No comments

Powered by Blogger.