Ulama besar Islam curiga sistem keadilan Malaysia

oleh Razak YusuffDr Jamal Barzin n anwar

Ulama dan tokoh Islam antarabangsa yang berkumpul di Beirut untuk dua persidangan antarabangsa minggu lalu terus menyuarakan kecurigaan terhadap sistem keadilan Malaysia berhubung perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal bersambung di Mahkamah Sivil esok.

Mereka juga melahirkan rasa kesal di atas kegagalan pihak berkuasa Islam Malaysia kerana melengahkan tindakan terhadap aduan qazaf yang dibuat Anwar terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar berada di Beirut, Lebanon untuk menghadiri persidangan bersama pemikir dan pemimpin Islam anjuran Institut Antarabangsa dan Pemikiran Islam(IIIT).

Beliau dan beberapa pemimpin Islam lain turut hadir pada persidangan tahunan ke tujuh Yayasan al-Quds dan mengadakan perjumpaan dengan Presiden Lebanon, Fouad Siniora.

Dalam perjumpaan dengan Anwar, beberapa tokoh secara terbuka menggesa Anwar supaya terus meninggalkan Malaysia kerana beliau tidak akan mendapat pengadilan yang saksama di mahkamah negara ini.

“Mereka arif tentang perkembangan mengenai tuduhan fitnah liwat yand dibuat oleh Saiful dan unsur-unsur konspirasi politik disebalik pertuduhan terhadap Anwar,” kata seorang pegawai yang turut serta dalam rombongan Anwar.

Anwar menghormati pandangan mereka tetapi menegaskan beliau bersedia berhadapan dengan cabaran yang menantinya apabila pulang ke tanah air, kata pegawai itu.

Antara tokoh yang melahirkan kebimbangan mereka terhadap kewibawaan sistem kehakiman Malaysia ialah Mufti Besar Bosnia Dr Mustafa Seric, Dr Jamal Barzinji dan Maulana Ehsan yang mengetuai Majlis Kehakiman Islam di Afrika Selatan.

Lebih 3,000 perwakilan dari seluruh dunia menghadiri persidangan al-Quds. Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Mereka membincangkan tentang nasib rakyat Palestin di pusat-pusat pelarian serta bantuan kemanusiaan yang semakin menipis.

Turut dibincangkan adalah usaha untuk membeli tanah di sekitar Masjid al-Aqsa bagi melindungi kepentingan Islam daripada kekejaman rejim Zionis Israel.

No comments

Powered by Blogger.