Apa maksud ungkapan ‘kebebasan para hakim’?
Bahagian Pertama
Oleh N H Chan
Apa maksud ungkapan ‘kebebasan para hakim’? Saya kemukakan soalan ini kerana kebanyakan para hakim hari ini seolah-olah tidak mengerti maksud pemisahan kuasa dalam undang-undang berperlembagaan.
Ketidakfahaman ini sangat ketara terutama di kalangan hakim-hakim di peringkat tinggi hiraki kehakiman. Hakim-hakim yang jahat berfikir seolah-olah ‘kebebasan’ itu bermaksud mereka boleh buat apa yang mereka mahu. Sebabnya, dalam kamus disebut perkataan itu yang bermaksud ‘bebas dari segala kawalan atau pengaruh orang lain.’
Para hakim yang degil memikirkan bahawa perkataan-perkataan itu memberi maksud apa yang mereka maksudkan atau inginkan.
Mereka berfikir seperti Humpty Dumpty yang berkata, "ia bergantung siapa yang mempunyai kuasa."
Persoalannya ialah kata Humpty Dumpty, "siapakah yang akan menjadi tuan". Hakim-hakim Humpty Dumpty ini juga berfikir bahawa mereka bebas dari pengaruh kuasa legislatif.
Mereka berfikir mereka boleh mengenepikan Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan, walaupun kanunnya diluluskan oleh Parlimen, selagi mereka memihak kepada kerajaan yang berkuasa.
Dengan berbuat demikian, hakim-hakim ini telah mendedahkan diri mereka yang sebenar kepada kita kerana mereka enggan menjalankan tugas iaitu melaksanakan keadilan mengikut undang-undang.
Adalah menjadi tugas mereka untuk melakukan sesuatu dengan betul. Langkah yang betul yang patut diambil ialah dengan melaksanakan keadilan tanpa berat sebelah dan merealisasikan undang-undang seperti mana yang termaktub.
Maksud pemisahan kuasa atau kebebasan para hakim kelihatan seolah-olah menjangkaui kemampuan berfikir hakim-hakim ini. Tetapi kita hari ini berhasrat untuk menerangkan kepada orang awam di negara ini apa yang dimaksudkan dengan mempunyai kehakiman yang bebas.
Setelah apabila orang awam dapat memahami konsep pemisahan di antara kuasa eksekutif dan kehakiman maka mereka mampu menghakimi para hakim.
Apabila kita hendak menerangkan undang-undang supaya mudah difahami, saya yakin mendiang Lord Denning tidak dapat ditandingi. Dalam ‘The Family Story’, muka surat 191, 192, beliau menerangkan konsep: Kebebasan para hakim.
Mercu utama peraturan undang-undang di England (dan di tempat-tempat lain) ialah kebebasan para hakim. Inilah satu-satunya aspek di mana kita benar-benar membuat pemisahan kuasa-kuasa.
Di sini tidak ada pemisahan yang tegar di antara kuasa-kuasa legislatif dan eksekutif kerana menteri-menteri, yang mempunyai kuasa eksekutif, juga mengarah sebahagian besar kuasa legislatif di Parlimen.
Tetapi kuasa kehakiman adalah benar-benar terpisah. Hakim-hakim (di England) selama hampir 300 tahun adalah benar-benar bebas. Dan apabila saya membicarakan tentang hakim-hakim, saya bukan sahaja melibatkan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi tetapi juga para majistret dan lain-lain yang melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman.
Tidak ada anggota kerajaan, tidak ada ahli parlimen, dan tidak ada pegawai jabatan kerajaan, mempunyai apa-apa hak untuk mengarah atau mempengaruhi atau campur tangan dengan keputusan-keputusan mana-mana hakim-hakim.
Pengetahuan yang pasti dalam hal inilah yang membuat rakyat mempunyai keyakinan terhadap hakim-hakim dan saya ingin memasukkan pengerusi-pengerusi tribunal apabila mereka bebas dari pengaruh eksekutif, kerana mereka juga adalah para hakim.
Ia tidak bergantung kepada nama seseorang hakim atau pengerusi itu tetapi bergantung kepada isinya. Ujian getir yang mereka mesti lulus jika mereka mahu mendapat kenyakinan rakyat ialah mereka mestilah bebas dari kuasa eksekutif.
Para hakim mestilah bebas dari eksekutif, bagaimana ianya boleh berlaku? Untuk memberi jawapan kepada soalan ini, saya perlu merujuk kembali kepada Lord Denning yang telah, ketika hayatnya, menerangkan undang-undang agar rakyat biasa boleh memahaminya. Beliau berkata dalam ‘The Family Story’, muka surat 190:
… untuk selama 700 tahun, para hakim di England telah menggariskan ‘common law’ yang mendefinasikan secara halus hak-hak individu dan membentuk kehidupan dan memastikan kebebasan semua rakyat terpelihara dari sebarang kecederaan akibat dari perbuatan orang lain atau oleh negeri.
Prinsip-prinsip ini telah dapat menyerap jauh ke dalam minda mereka dan ini terbukti lebih kuat dari yang lain dalam mencipta semangat Perlembagaan British. (Di sini, semangat bermaksud karakter biasa, kualiti atau mood)
Apa maksud semangat perlembagaan? Lord Denning menerangkannya pada muka surat 191:
Saya yakin, pertama letaknya pada naluri manusia untuk keadilan yang membawa kita kepada keyakinan kebenaran, dan bukannya kekuatan, adalah asas sebenar masyarakat.
Kedua, perasaan naluri terhadap kebebasan, yang membawa kita kepada keyakinan bahawa kebebasan, dan bukan paksaan, adalah asas sebenar kerajaan.
Naluri manusia untuk keadilan dan kebebasan adalah idea-idea yang bersifat abstrak yang merupakan kebiasaan bagi mereka yang cintakan kebebasan hidup dalam negara-negara.
Tetapi kebijaksanaan dalam Perlembagaan British terletak pada naluri yang ketiga, iaitu keinginan semula jadi yang membimbing kita kepada hak-hak yang seimbang untuk tugasan dan kuasa-kuasa yang terpelihara supaya tidak ada hak atau kuasa yang disalah guna atau melampaui batas.
Tetapi siapalah yang menjadi pelindung kepada semangat-semangat ini? Siapakah mereka yang membuat interpretasi bagi pihak kita?
Mereka adalah dua pihak dalam satu. Di satu pihak – Parlimen. Di pihak lain – Hakim-hakim. Perlembagaan British tidak ditulis.
Tetapi ia didasari berasaskan dua tiang yang kukuh. Satu ialah bidang kuasa Parlimen. Satu lagi ialah kebebasan para hakim.
Perbezaan di antara Perlembagaan British dan perlembagaan kita ialah perlembagaan kita bertulis. Dengan mempunyai perlembagaan yang bertulis, kesemuanya terdapat dalam klausa-klausa perlembagaan (iaitu berkanun).
Dalam perlembagaan yang tidak bertulis seperti Perlembagaan British, tidak ada klausa-klausa. Mereka tidak mempunyai perlembagaan yang menjadi tunjang di mana undang-undang lain boleh diuji.
Mereka harus bergantung kepada ‘common law’ sepertimana yang digariskan oleh hakim-hakim di England. Dalam aspek ini, ‘common law’ England ada kait-mengait dalam pertalian sejarah England.
Esok – Bahagian Kedua
Para hakim ‘bingung’ dengan istilah ‘pemisahan kuasa’
Terima Kasih kerana mengunjung. sudi-sudi 'klik' di sini sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

No comments
Post a Comment