Patutlah Melayu Umno Mengamuk! LGE Buat Hal
GEORGETOWN- Kerajaan Negeri mengakui hanya meminggirkan kroni UMNO dan Barisan Nasional (BN), bukan semua orang Melayu, terutama dari segi mendapatkan kontrak.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, dakwaan kononnya orang Melayu terpinggir seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak adalah tidak benar.
Oleh itu, beliau berharap orang ramai tidak terjerat dengan isu perkauman yang sengaja diperbesarkan oleh pembangkang.
“Sebenarnya orang Melayu tidak dipinggirkan, tetapi hanya kroni BN yang dipinggirkan. Itu yang mereka tidak puas hati. Yang mana berkebolehan akan diambil manakala yang tidak mampu akan dipinggirkan.
“Kerajaan Negeri tidak mengamalkan diskriminasi tetapi kalau BN atau UMNO rela kita tidak memberi tender kepada kontraktor mereka, kita boleh buat,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Turut hadir ialah beberapa kontraktor yang mendapat kontrak melalui tender terbuka Kerajaan Negeri.
Menurutnya, di bawah pimpinan Pakatan Rakyat (PR), semua kontraktor yang berkebolehan akan diberi peluang tanpa mengira kaum malah ada beberapa kontraktor BN yang berkebolehan, turut diberi peluang.
“Ini menunjukkan kita tidak mengamalkan diskriminasi, kita adil dan profesional,” katanya.
Guan Eng berkata tender terbuka secara tidak langsung dapat memartabatkan semua kontraktor berkebolehan tanpa mengira kaum serta tidak bergantung kepada saluran lain yang didakwa berlaku ketika pemerintahan BN.
“Semua yang terpilih adalah berdasarkan kebolehan dan harga yang diberikan, tidak perlu bayar satu sen pun, tidak menggunakan saluran yang salah, kontraktor dulu susah nak dapat tender kerana hanya guna kabel politik diberi tender. Inilah yang berlaku pada zaman BN,” katanya.
Terima Kasih kerana mengunjung. sudi-sudi 'klik' di sini sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

No comments
Post a Comment