King Ghaz calon Timbalan Perdana Menteri?
Subky Latif
SAYA tidak sedar bila Tan Sri Ghazali Shafie dikurnia gelaran Tun. Tetapi bekas Menteri Luar Malaysia yang meninggal dunia hujung Januari lalu dipercayai pernah menjadi pilihan utama Tun Hussein Onn bagi menjadi calon Timbalan Perdana Menterinya bila Almarhum itu menjadi Perdana Menteri.
Bila Hussein Onn menggantikan Tun Razak sebagai Perdana Menteri, jawatan Timbalan Perdana Menteri itu kosong. Calon mengikut terkanannya dalam UMNO ialah tiga orang Naib Presiden UMNO ketika itu ialah Ghafar Baba, Tengku Razaleigh Hamzah dan Dr. Mahathir.
Pandangan umum UMNO mahu Timbalan itu ditentukan oleh Perhimpunan Agung UMNO. Siapa yang terpilih sebagai Timbalan Presiden UMNO nanti, maka dialah calon TPM.
Tetapi Perdana Menteri berkuasa menentukan TPMnya. Hussein mahu menggunakan kuasa itu bagi mengelakkan orang menyangka dia tidak tahu untuk membuat pilihan. UMNO tidak diberi peluang menentukan bakal pemimpin parti dan negara.
Orang terkanan dalam parti tidak semestinya calon utama. Ketika jawatan TPM itu kosong berikutan kematian TPM Tun Dr. Ismail, Tun Razak tidak mengangkat Naib Presiden UMNO yang terkanan iaitu Sardon Jubir untuk menjadi TPM. Naib Presiden yang kedua iaitu Hussein Onn yang dipilihnya.
Maka PM Hussein tidak segera menamakan calon itu sebaliknya mendedahkan ia kepada spekulasi. Dia mengemukakan formula calonnya itu iaitu seorang yang dihormati kelulusan pengajiannya, diterima oleh semua pihak dan seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Bila dia menyebut seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO, maka dia membuka peluang itu keluar dari tiga Naib Presiden tadi. Apa perlunya disebut ahli Majlis Tertinggi UMNO kalau yang kanan dalam UMNO pada masa itu adalah naib yang tiga itu.
Kelulusan akademi di kalangan naib itu ialah Tengku Razaleigh dan Dr. Mahathir. Dr. Mahathir tidak dikira calon yang sesuai kerana dia tidak diterima oleh semua UMNO. Penyokong Tunku Abdul Rahman tidak menerimanya dan dia juga tidak diterima oleh kerabat Barisan Nasional.
Ghafar diterima oleh BN kerana dia adalah Setiausaha BN ketika itu. Dia baik dengan semua. Kerana kelulusan akademinya sekadar guru lepasan Tanjung Malim saja, maka orang-orang yang berkelulusan dari unversiti dan pegawai kanan kerajaan tidak bulat untuk menyokongnya.
Mungkin faktor itu yang menyebabkannya membuka formulanya kepada Majlis Tertinggi. Apabila ia dibukakan kepada Majlis Tertinggi, maka yang dinampak oleh kebanyakan orang ialah antara Musa Hitam dan Ghazali Shafie.
Musa adalah masalah. Seperti Dr. Mahathir, tidak digemar oleh Tunku dan orang-orang Tunku. Penyokong Tengku Razaleigh sudah tentu menerimanya sebagai mana mereka melihat Dr. Mahathir.
Maka yang Ghazali Shafie dikira oleh umum sebagai orang yang dapat memenuhi maksud formula Hussein Onn itu. Walaupun beliau kalah dalam pemilihan Naib Presiden sebelumnya tetapi dia tidak ditolak oleh kebanyakan orang UMNO. Kekalahannya itu kerana orang UMNO ada pilihan yang lain. Dia disenangi oleh pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan dikenal di luar negara. Semua pihak di luar negara menerimanya.
Apabila orang meneliti formula Hussein Onn itu, sekaliannya beranggapan calon yang dimaksudnya itu tidak lain dari King Ghaz. Orangnya bijak dan pintar dan negara boleh terangkat dengan sifat dan nilai yang ada padanya.
Tiada siapa tahu siapa sebenarnya yang dihendaki oleh Hussein Onn. Tiada yang dapat mendengar dari mulutnya siapa yanag dikendakinya?
Jika pilihannya di kalangan tiga Naib Presiden UMNO itu tentu beliau tidak menyebutkan seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO itu. Kerana dia percayai mahukan Ghazali Shafie, maka itulah dipercayai dia memasukkan ahli Majlis Tertinggi itu.
Setiap orang seperti Tan Sri Syed Jaafar Albar dan Syed Nasir merasakan Ghazalilah pilihannya. Albar mengira, King Khazlah orang yang terbaik. Padanya Ghazali adalah orang yang terpintar masa itu.
Ketiga-tiga Naib Presiden UMNO itu terasa, Ghazalilah orang yang dimaksudkan oleh Hussein Onn itu. Hingga mereka dikatakan mengadakan pakatan sesama sendiri, kiranya Hussein tidak memilih salah seorang dari tiga mereka, mereka akan memulaukan kabinetnya.
Walau pun ketiga-tiganya berebut untuk jadi TPM, tetapi dari ia jatuh kepada Ghazali Shafie, maka ketiganya sanggup menerima siapa saja antara mereka yang terpilih.
Hingga hari Perdana Menteri hendak mengumumkan kabinetnya, tiada siapa dapat membuat ramalan. Tetapi calon popular masa itu tetap kepada Ghazali Shafie dan hubungan Ghazali dengan Perdana Menteri Hussein juga memang baik.
Sebelum pengumuman dibuat, PM mengirim Setiausaha Akhbarnya, Wahab Majid menemui Ghafar Baba untuk memaklumkan Ghafar bukan pilihannya. Itulah maklumat pertama daripadanya.
Ghafar bertanya siapa pilihannya. Wahab tidak tahu. Maka Ghafar memberitahu Wabah supaya jangan dimasukkan namanya dalam kabinet. Kalau dimasukkan, maka dia akan mengumumkan penolakannya.
Hussein tidak menghantar sesiapa menemui Tengku Razaleigh dan Dr. Mahathir. Bila Ghafar dipercayai memberitahu hal itu kepada Ku Li dan Dr. Mahahtir, seolah-olah sah Ghazali Shafielah calon itu. Mereka dipercayai ada tindakan bersama.
Hussein mengumumkan nama menteri-menterinya. Mengosongkan nama Menteri Pertanian. Dipercayai untuk Ghafar tetapi pesan Ghafar pada Wahab supaya jangan masukkan namanya, maka itulah ia dikosongkan.
Selepas semua nama diumumkan barulah dia menyebut nama Timbalan Perdana Menteri. Bukan Ghazali Shafie tetapi Dr. Mahathir.
Terkejut semua orang kerana Dr. Mahathir tidak tepat dengan formula yang dibuatnya selama dua minggu itu. PM dipercayai mengubahnya di saat terakhir kerana terganggu oleh pesan Ghafar melalui Wahab. Dr. Mahathir adalah Naib yang ketiga.

No comments
Post a Comment