Mampukah Najib Mendepani Tuntutan Era Politik?
Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Telah penulis catatkan beberapa kali bahawa Umno gentar serta gusar dengan Politk Baru. Benar bahawa PRU ke-12 telah menyaksikan penghakisan sokongan Umno/BN paling parah dalam sejarah politik pilihanraya. Tetapi kesemua itu tidak sepenting satu hakikat yang sering menerjah mereka. Hakikat wujudnya satu lagi koalisi yang disifatkan sebagai ‘kerajaan dalam penantian’ atau ‘government-in-waiting’.
Kalau ada yang marah bahawa penulis bersekali Pakatan Rakyat terlalu ghirah untuk memerintah kerajaan Persekutuan, penulis sayugia perjelaskan. Penulis tidak kata perubahan besar pasti berlaku pada PRU ke-13 ini. Tetapi potensi untuk perubahan berlaku amat besar kedepan ini.
Nah, ini hakikat baru yang tidak pernah terjelma dalam telahan unjuran politik negara. Satu dekad lalu, sebutan ini hampir asing bahkan satu dongengan. Tidak ada parti dan kerajaan yang layak memerintah kecuali kerajaan Umno/BN mungkin sampai qiyamat. Kalau ada pun ‘kerajaan pembangkang’, satu istilah paradoks, ia hanya terbatas di negeri pantai Timur, Kelantan dan Terengganu sahaja.
Bagaimana ia menjadikan satu realiti adalah akibat perubahan yang berlaku selepas topografi atau landskap politik negara terus berubah setelah tsunami politik melanda ganas negeri-negeri Umno/BN di pantai barat Semenanjung Malaysia.
Politik Baru berkehendak untuk mendefinisi semula pelbagai tata-orde perhubungan politik; amalan federalisme dan gelagat cabang legislatif serta kualiti perbahasan di parlimen, kerancakan persaingan media mengolah lambakan isu dalam usaha mempengaruhi pemikiran awam di pasaran bebas pertarungn ide.Juga begitu tuntutan terhadap ketelusan dan kebertanggungjawaban menjadi ukuran atau ‘benchmark’ umum. Kini tidak apa yang mampu dilindungi oleh akta-rimba seperti OSA atau ditakutkan Ordinan Dharurat serta ISA. Lambat laun terdedah jua seperti PKFZ, ibu segala skandal. Hari ini dalam Politik Baru, kebebasan beragama, penjalinan perpaduan dan erti merakyatkan kekayaan khazanah negara serta pemunggaran ekonomi berprestasi tinggi, tiba-tiba mendapat dimensi serta nilai baru bahkan lebih barmakna lagi.
Pencairan pelbagai doktrin lama,umpama dibidang ekonomi, menggugat segelintir yang mengecapi habuan besarnya selama kini. Istilah ‘liberalisasi’ cukup ditakuti kerana menjejaskan orde hubungan sumbang elit politik-korporat kroni kesekian lamanya. Mereka bingkas bangkit melaungkan ‘kepentingan Melayu’ (baca Umnoputera) terhakis dan tercabar.
Umno dan BN tidak sopan untuk rasa terlalu tertekan dan kaget dengan kesemua fenomena ini. Benar Umno/BN belum pernah menyaksikan sejumlah seramai 83 ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat. Tidak juga mereka mengerti menjadi pembangkang di negeri-negeri selain Kelantan dan Terengganu. Umno/BN tidak pantas belajar.
Menghampiri 2 tahun, kerajaan BN di bawah PM masih belum menjumpai sentuhan ajaib mereka. Dulu kawalan kuasa mereka mutlak, total dan absolute. Tidak lagi kini. Tetapi tetap PM Najib dan Umno/BN semacam tidak faham, tidak mahu faham, buat-buat tidak faham atau juga tidak akan faham.
Penulis ingin berkongsi satu telahan tesis baru tetapi lama tertangguh. Tulisan ini dilakukan semata-mata untuk kebaikan bersama atas kehendak semangat persaingan demokrasi yang sihat dan matang bagi membawa negara ke mercu tanda dan garis prestasi yang lebih baik.
Najib dan Umno tidak wajar untuk terus menjatuhkan Pakatan Rakyat dengan serangan-serangan cara lama dalam era Politik Baru ini. Benar Umno/BN mungkin boleh berjaya, bahkan dah berjaya pun di Perak. Tetapi apa akibatnya? Betul mereka boleh membeli beberapa peribadi. Betul juga kerajaan boleh diguling. Tetapi apa risikonya?
Kini Perak akan kekal dalam satu ‘standoff’, satu ‘stalemate’ berpanjangan sehinggalah datang waktu untuk kembali kepada Mahkamah Rakyat. Mudaratnya terlalu luar biasa. Wibawa Sultan dan bahkan ‘integriti’ Istana turut terheret mencemar ke bawah duli, kedaulatan Sultan akibat terjerumus dalam ’real-politik’ rakyat. Umno kurang ambil pusing semua itu.
Benar politik pelbagai parti atau sistem ‘multi-party’ ala Westminster atau apa pun modelnya, bersifat ‘zero-sum’ atau ‘saling-memusnah’. Pertandingan di mana hanya ada satu pemenang, pada sifatnya memang ‘zero-sum’ – cukup ganas dan destruktif atau bertujuan memusnah lawan.
Umno/BN kini sedar bahawa yang didepani bukan sahaja PKR, PAS atau DAP secara berasingan. Umno amat insaf bahawa yang didepani kini ialah gandingan PKR, DAP dan PAS, yang kini merupakan satu blok koalisi yang disebut dengan jolokan Pakatan Rakyat, seperti juga Barisan Nasional yang punya 14 komponen.
Umno/BN pernah berdepan dengan ‘mahkluk koalisi’ ini pada parlimen ke-10, tetapi mudah dijatuhkan apabila mufakat politik itu sendiri menembak dirinya masing-masing. Habis bergelempangan sebelum PRU ke-11. PAS dan rakan-rakan lain dalam Barisan Alternatif (BA) masih tidak mahu menghimbau sejarah buruk pembangkang itu. Biar ia jadi sempadan politik yang wajib dijauhi. Umno tidak perlu menyerang sehebat kini kerana BA mati berkonflik dan berbunuh sesama sendiri. Amat tragis bagi harapan rakyat.
Tetapi lain halnya kini. Dulu DAP tak punya kuasa di negeri, Pun begitu Parti Keadilan Nasional dulu. Kini kesemua menerajui pemerintahan meskipun dalam semangat dan koalisi Pakatan Rakyat. Kuasa bukan segala-galanya. Tetapi jelasnya kuasa adalah segala-galanya yang mendatangkan keinsafan untuk bersatu bagi mengekalkannya. Tidak dapat dinafikan bahawa kuasa pemerintahan pendorong utama kesatuan Pakatan Rakyat, bahkan kuasa ini juga pencetus utama penubuhan Pakatan Rakyat. Itu hakikat, jangan berselindung lagi. Lihat sahaja pengalaman di negeri Perak, meskipun kuasa hilang akibat angkara Najib dan Umno/BN. Hakikatnya Peraklah semantapnya keteguhan Pakatan Rakyat!
PM Najib akan terus silap kalau belum lagi belajar dan sedar bahawa ini Politik Baru. Kaedah peperangannya pun wajar ditukar dan strateginya memerlukan pemikiran baru.
Penulis mengesyorkan PM Najib perlu mendapatkan perunding baru dalam penentuan strategi dan pendekatan perang politiknya. Bukan sahaja melibatkan perunding luar untuk mengukir slogan indah 1- Malaysia. Sebelum itu biar penulis ’bersedekah’ ide supaya ia baik untuk semua. Tampaknya komoditi ide sangat mahal mutakhir ini. Tidak ramai yang berfikir. Tambahan berfikir secara berat atau strategik.
Telah sampai masanya PM Najib sedar bahawa rakyat juga turut bosan dengan serangan berterusan bagi menjatuhkan Pakatan. Rakyat mual dengan berpolitik khususnya dalam suasana ekonomi yang mandom dan kesulitan hidup yang terus menghempit rakyat teramai.
Najib serta Umno/BN wajar memahami bahawa kini rakyat kian celek dan punya pengetahuan kecuali yang masih terperangkap dalam kemiskinan dan terpinggir dari arus pembangunan ICT dan tidak punyai capaian media baru dan ledakan informasi.
Rakyat dan pengundi ’ruang tengah’ yang menjadi penentu dalam persaingan PRU ke-13 tidaklah semestinya para penyokong Pakatan Rakyat. Golongan Tengah ini terbuka bahkan mereka bukan kelompok partisan atau berpihak. Mereka hanya partisan atau berpihak kepada apa yang betul, apa yang adil dan apa yang boleh memajukan pengharapan dan cita-cita mereka. Sesungguhnya golongan tengah ini terbuka. Mereka tidak ta’asub kepada mana-mana parti atau pemimpin. Semua pihak mereka kritik termasuk pimpinan tertinggi Pakatan dalam PAS, PKR atau DAP. Pimpinan BN yang memimpin negara lagilah teruk mereka belasah.
Penulis menasihatkan supaya kedua-dua pihak membudayakan politik ’zero-sum’ yang berpaksikan pertandingan serta persaingan advokasi atau penampilan polisi serta gagasan pemerintahan dan persaingan keupayaan serta kompetensi pemerintahan dan integriti kepemimpinan. Dulu mungkin tak boleh. Tetapi kini boleh kerana sama-sama ada negeri. Hentikan politik ’zero-sum’ yang terlalu brutal dan tidak bertamaddun. Jangan terlalu ’kiasu’ atau takut kalah, kata orang Cina.
Dinamika Politik Baru dengan kerancakan persaingan politik sihat adalah penentu survival dayasaing negara dalam semua lapangan hidup termasuk moral, budaya, ekonomi dan perdagangan. Sementara itu agama dihayati, disanjungi, diraikan dan dilindungi. Agama menjadi penyatu dan bukan pemecah. Yang eksklusif hanya Aqidah dan Ibadah, sementara moral dan nilai dikongsi ramai menjadi penyeri dan budaya negara. Penyatuan insaniyah diikat dengan Tuhan (baca Allah) pencipta seru semesta alam. Disitu kita bersatu dan berpadu meskipun punya agama dan budaya yang berbeza. Ini natijah politik Baru yang celek agama dan budaya. Enakmen-enakmen lama negeri-negeri BN dulu terasa canggung dan usang serta perlu dirujuk atau ’revisit’ (baca Ijtihad) segera.
Politik Baru mahukan pesaing-pesaing politik dan pelaku utamanya, membuktikan kepada rakyat siapa yang lebih punya wibawa dan integrti serta kesungguhan dan komitmen untuk memperjuangkan rakyat sekaligus menjadikan ekonomi punya daya saing yang tinggi dan membawa negara keluar dari krisis serta kemelut yang tidak berkesudahan. Rakyat menilai ”Siapa yang lebih memahami Perubahan dan Bagaimana untuk menjayakannya!”. Itu ukuran wibawa yang hakiki. Sama-sama punya kekuatan dan kepimpinan. Kini sama-sama punya pengalaman dan ketokohan.
Wajarlah dalam membudayakan Politik Baru yang lebih sihat, matang dan berwibawa, supaya PM Najib dan Umno/BN menghitung kembali segala urus-tadbir yang telah membelakangi segala tuntutan pemerintahan yang telus, bertanggungjawab dan adil. Bahkan tidak ada cara lain bagi penulis untuk PM Najib membuktikan bahawa beliau komited dengan ’Reformasi’ dan Perubahan yang serius serta tulen, kecuali dengan memperbetulkan sebahagian besar yang salah dan bobrok dari regim lama.
Kerajaan Umno/BN di bawah PM Najib mesti berani mengambil langkah-langkah drastik bagi memperbetulkan segala kesilapan pemimpin lama Umno. Atas komitmen, keteguhan serta kecekalan ini akan ditentukan wibawa beliau, bukan kerana retorika yang molok ciptaan perunding luar. Cukuplah.
PM Najib perlu berani memberhentikan segera segala kereputan yang sedang melanda institusi-institusi negara akibat pencerobohan berterusan pihak Eksekutif. Pertama Institusi Kehakiman atau Judisiari. Segala yang menjadikan negara bahan lawak dan jenaka dunia perlu segera direformasi. Contoh jelas ialah tindakan ke atas syor Surahanjaya Kes Video Lingam yang berakhir dengan NFA atau ”No-Further-Action” amat memalukan sistem perlantikan kehakiman meskipun kita telah punya Surahanjaya Perlantikan Kehakiman atau SPK.
Bersimpang-siur keputusan penghakiman yang acap ditebalikkan juga mengaibkan institusi judisiari yang integritinya dikoyak-robek oleh campurtangan pihak Eksekutif. Terkini Babak Kedua Kes Sodomi Anwar.Negara sekali lagi dikandang orang salah.
Pun begitu imej SPRM yang perlu segera mendapat suntikan reformasi bagi mengelakkan persepsi buruk terhadapnya sejak dari permulaan penubuhan yang dihantui dengan kes pembunuhan malang mediang Teoh Beng Hock.
Bagi menginstitusikan amalan federalisme yang lebih utuh dan matang, hentikan segera segala amalan yang mensabotaj amalan demokrasi berpesekutuan atau federalisme dengan menghormati segala hak-hak kerajaan negeri yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan atau apa jua janji yang termeterai dalam laluan evolusi pembangunan negara.
Ini termasuk isu royalti minyak dalam Akta Kemajuan Petroleum, 1974 yang antara lain bersekali dengan ”Vesting Deeds”, 1975 atau perajnjian antara negeri, Pusat dan Petronas yang mentakrifkan hak masing-masing. Cukup menjejaskan integriti negara ketika kerajaan menukar status bayaran menjadi wang ehsan. Bolehkah apabila kita berhutang danwajib membayar, ketika kita bayar balik kita kata kita bersedekah kepada orang yang kita pinjam dulu. Malu besar. Rakyat sedang memerhatikan. PM Najib patut malu, meskipun Mustapha Muhammad tidak dan Ibrahim Ali lagi tak tahu malu.
Pendukung Politik Baru mahukan pemain-pemain utama poitik supaya menghormati segala perjanjian-perjanjian yang telah termetrai dan mendukungi kesucian janji-janji atau aqad-aqad tersebut sebagai masyarakat yang bertamaddun dan bermaruah. Ini tidak wajar dibatasi dengan perhitungan samada negeri tersebut diperintah dibawah BN atau Pakatan seperti Kelantan atau Terengganu. Kedua punya hak dan tanggungjawab. Memangsakan rakyat kerana mereka memilih pembangkang adalah politik kuno, usang dan lapok.
Amat wajar bagi PM Najib mengetahui bahawa beliau berdepan dengan rakyat yang jauh lebih celek dan berpengetahuan. Pakatan bersedia mengorak langkah baru untuk terus memperbaikki amalan demokrasi di negara ini. Bahkan Pakatan dan rakyat bersedia untuk melakukan lebih dari itu bagi membangunkan negara bertuah ini.
Kalau pun Najib bersedia untuk berubah dengan 1-Malaysianya, ternyata Timbalannya dengan sebahagian besar keahlian Umno bersekali dengan Perkasa masih mahu kekal di garis politik lama dan usang berpaksikan kononnya ”Ketuanan Melayu”. Amat malang. Kesinambungan survival Melayu bahkan negara tidak terpahat pada tongkat yang diberikan Umno. Penulis mengajak pembaca merenung tesis serta tuntutan Politik Baru ini.
Akhir kalam, penulis tinggalkan makalah panjang ini dengan beberapa soalan:
Apakah PM Najib benar-benar bersedia untuk berubah? Ataukah beliau akan diubah? Persoalan besarnya, oleh siapa?
Mampukah Najib Mendepani Tuntutan Era Politik ?
Terima Kasih kerana mengunjung. sudi-sudi 'klik' di sini sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

No comments
Post a Comment